Tips _ Pembelian Carseat
Assalamualaikum.
Selamat datang ke blog Mak-Mak. Hahaaa!
Kala ini bumi Lendu sedang hujan lebat. Lighting pun dah sepoi-sepoi bahasa. Pulak tu Ramadhan ke 26. Faham-faham je lah kan. Orang dah tak duduk mengadap kerja dah. Sebab kerja pun dah takde. So, aci jelah kan update blog.
Walaupun bulan puasa ramai orang update makanan berbuka, tapi diri ini terkecuali. Sebab makanan berbuka ku agak sendu untuk dipamerkan. Hahaa! Biasa-biasa aja sebab aku pun kaki google resepi gak. 😎
Okay, nak share pasal carseat untuk anak-anak ni.
Kat Malaysia ni budaya pakai carseat kat anak-anak tak tular lagi. Sebab undang-undang kita tak ketat. Kalau kat luar negara, kita boleh kena saman kalau anak tak duduk dalam carseat waktu memandu. Bagi aku, carseat ni penting dan membantu sebab :
Satu : Kemudahan Ibubapa.
Dalam kes aku, lepas pantang suami pergi operasi 3 bulan. Dah aku kena drive sendiri dengan anak umur 2 bulan lebih. Nak hantar rumah babysitter, nak balik kampung. So, letak anak dalam carseat baik-baik and there you go. So, ia memang KEPERLUAN.
Dua : Keselamatan Anak.
Kalau nak anak behave duduk dalam carseat you have to start from the baby lagi! Kalau dah setahun baru nak suruh duduk, memang struggle sikit lah. Macam Ammar, bila dia dah pandai duduk tegak, memang dia merangkak keluar dari carseat kalau tak buckle-up. (Please bucke-up kayy, if not, no point pakai carseat. Haaaha!) Tau tak masa langgar bonggol, masa brake mengejut, masa turun bukit, masa membelok tu semua keadaan yang bahaya jika anak tak duduk diam.
Tiga : Disiplin Anak dan Parents
Ya, kita tak boleh control anak kalau dia jenis explorer. Tapi dalam kereta kita kena tumpukan pemanduan. Pastikan keperluan anak cukup sebelum perjalanan. Jika perlu sediakan toys, buku atau titbits untuk anak beraktiviti sendiri.
Okay. First carseat aku beli untuk Ammar memang aku tak puas hati sangat. Shopping masa menunggu hari. Memang rushing. So, pegi satu kedai ni and choice tak berapa banyak. Sesuai bajet, rembat jer.
Aku bagi ♥♥♡♡♡
Harga masa tu (April 2016) dalam RM600++
Recommended for newborn.
Untuk saiz anak yang petite sesuai lah. Macam Ammar, nak masuk setahun, badan pun dah hantop.
Kalau ikut spec, boleh sampai 4 tahun. Tapi Ammar pakai sampai 11 bulan jer.
Pad lembut yang atas tu sangat cepat lunyai.
Pemasangan jugak agak bercinta dan leceh. Sampai tahap malas nak pasang kalau kena bukak 😓
Jadi bermula lah pencarian carseat yang baru. Lagipun kalau Ammar ada adik (hihii) boleh pakai yang tu semula. 😊
Akhirnya jumpa kat Carousell! Mak beli preloved je Nakkk.
Carseat ni from Korea. Yang ni model First 7 yang terkebelakang la jugak. Tau je lah Korea macam mana dia buat rapid changes on RnD. Bought this from Carousell dengan harga RM600 only! Cer try google market price berapa? So memang ni worth buy laa. Hence, I is tak kisah guna barang preloved. Condition tip-top.
Apa yang best sangat pasal Daiichi ni ialah ia tersangat mudah nak install. Serious! Tak macam typical carseat giteww. Hihii. Lepastu, fabric dia jenis organik. Mudah basuh. Ammar duduk dalam ni pun nampak macam selesa jer. Nak adjust belt ke apa memang senang. Nak beli dengan current price memang tak mampu ler. Ni kira rezeki la ni.
I bagi ♥♥♥♥♥
Muahh!
Ok, kita kena praktikal jugak bab pemakaian carseat ni. Setakat lama mana je lah anak-anak nak duduk dalam tu kan. Jadi, itu lah gunanya tali pinggang kat seat belakang tu. Bila anak dah besar sikit dalam 4 tahun macam tu, kita galakkan dia duduk dan fasten seat belt.
Dengan syarat Mak Apak pun pakailah seat belt yer. ✌
Comments