Happy Birthday Abubutttt!
====ENTRY TERTUNDA===
Assalamualaikum.
26 Mei satu tarikh yang tidak mungkin akan aku lupakan.
Allah Maha Pemurah, Maha Berkuasa. Dengan izinNya, aku diberi peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu. Mengandungkan, membawa zuriat ini dalam kandunganku selama 9 bulan tanpa alahan dan dipermudahkan segala-gala urusan sepanjang mengandung.
Allahuakbar.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Saat melahirkan anak ini baru lah aku betul-betul faham hati seorang ibu.......
Sakit, penat, jerih..dalam ketawa dan bahagia bila tengok anak di depan mata..
Ammar Raees,
Awaklah cinta hati Ummi..
Anak Ummi nombor satu..
Yang mengajar Ummi jadi seorang ibu..
Yang mengajar Ummi sabar..
Yang mengajar Ummi berdikari..
Yang mengajar Ummi erti pengorbanan..
Dengan kudrat yang ada Ummi akan lakukan yang sehabis baik untuk kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan hidup Ammar Raees.
Terima kasih kerana selalu menghilangkan rasa sedih, gundah dan kecewa Ummi..
Setahun terasa terlalu cepat. Dari Ammar baby, hingga sekarang dah pandai nak berjalan.
Dah pandai panggil Babah..
Dah pandai lari dari Ummi bila tahu Ammar buat benda yang Ummi definitely will say No to..
Dah pandai marah Ummi balik.. =_=
Ummi sentiasa berdoa agar Allah pinjamkan Ammar Raees untuk Ummi sampai Ummi tutup mata selama-lamanya..
Berilah kesempatan Ummi untuk tengok Ammar membesar dengan berjaya dan sihat..
Yang Ummi tahu Ammar akan selalu ingat Ummi dalam doa Ammar tiap kali Ammar solat..
Selamat Hari Jadi anakku Ammar Raees Bin Nurul Asraf.
Your first day.
My cheeky boy!
Comments