Review Set Berpantang Tanamera dan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum!

Salam 26 Ramadhan!
Lagi berapa hari je nak raya kan? Itu bermakna lagi berapa minggu jer aku nak bersalin! Huhuu!
I am at my 35 weeks now. Walaupun ini pengalaman kedua, insyaallah, tapi debarannya masih ada juga. Siap bila nurse tanya apa tanda-tanda bersalin, kau boleh lupa tauuu. Hahaa!

Masa bersalinkan Ammar Raees, aku guna set bersalin dari Tanamera. Faktor utama pemilihan ialah masa ni dah into natural ingredients, tak nak yang pelik-pelik, tak nak jamu-jamu sangat.
Jika korang beli set Tanamera (tertakluk kepada pengalaman tahun 2016), benda yang korang akan dapat ialah :


1) Brown Formulation Body Soap - yang ni best sebab dia sabun plus scrub.
2) Boreh Body Scrub - Ni dalam bentuk serbuk kena bancuh sendiri
3) Herbal Masage Oil - ok juga minyak ni buat urut-urut. Tak panas sangat pun.
4) Herbal Tea - yang ni kena minum tapi aku tak minum pun. ๐Ÿ˜œ
5) Feminin Herbal Wash - ni dalam bentuk uncang, rebus jer. Aku buat kaedah sitz bath tu.
6) Herbal Bath - ni sama juga dalam bentuk uncang. Rebus lepastu buat bersiram.
7) Virgin Coconut Oil - Ni aku telan masa nak dekat due. Boleh guna untuk perineum massage juga.
8) Firming Herbal Blend Paste - Ni sapu sebelum pakai bengkung. Tapi aku tak guna pun haa ๐Ÿ˜ˆ
9) Calming Herbal Blend Paste _ Ni kira macam pilis. Sama jugak, ada dalam kotak lagi haa ๐Ÿ˜
10) Bengkung - jenis biasa tu yang tali panjang. Masalahnya aku tak pakai...๐Ÿ˜Ž

Secara kesimpulannya, aku berpantang tak berbengkung, tak berpilis, tak berhapa....hmmm 
Aku pantang time bulan puasa, tak de confinement lady pun. Panggil orang datang berurut aja. Yang menjaga pun arwah Mak masa tu yang kebetulan pun tak berapa sihat sangat. Kira ala kadar lah..
Jadi, banyak benda dalam set Tanamera ni yang aku tak gunakan. Guna sampai habis pun ialah sabun, feminine herbal wash, herbal bath dan VCO aja. 

Sebab aku rasa aku bukan jenis yang commit dengan benda-benda yang kena sapu sebab leceh nak kendong anak. Dah la anak time tu anak jenis tak boleh letak, maka ku ketepikan rutin berpantang yang leceh-leceh. Tapi kalau korang takde masalah, tak rugi buat betul-betul rutin berpantang ni.

Sebab tu kali ni aku dah rancang awal-awal amik pakej berpantang. Takde la confinement lady, tapi ambiklah seminggu dua buat rutin berpantang. Insyaallah this time berpantang rumah mentua, selepas tu balik ke rumah berpantang sendiri. Semoga dipermudahkanlah hendaknya. Aamiin.

Selain daripada guna set berpantang ni, aku support dengan produk Young Living. Antara yang wajib ada ialah :


Ningxia Red ni memang aku amalkan dari awal pregnant lagi. Memang terbukti berkesan sebagai energy booster. Ni pulak mengandung masa bulan puasa, it is a MUST have supplement. Ye lah, kita makan tak menentu and untuk pastikan baby dan diri sendiri dapat cukup nutrient yang diperlukan, 2 oz sehari dah cukup membantu. 


Digize ni kegunaan dia untuk ibu dan baby bagi permasalahan berkaitan perut dan penghadaman. Masa berpantang biasanya akan datang masalah sembelit, maka di sapu saja pada perut dengan teknik urutan yang betul.


Ramuan minyak ni terdiri dari almond oil, coconut oil, grape seed oil, olive oil dan wheatgerm oil. Pulak tu diinfused lagi dengan essential oil yang power-power untuk kulit seperti Grapefruit, Cedarwood, Clary Sage, Cypress dan Juniper. Minyak ni memang dirumus khas untuk mengatasi masalah selulit dan membaiki ton kulit. Sesuailah buat berurut satu badan masa berpantang nanti.


No more tears sebab susu tak cukup atau takde. Hihii. Fennel memang penyelamat bagi ibu-ibu yang menyusukan! Tapi nak apply Fennel ada protokolnya yer.


Frankincense ni kalau sebut orang tak tahu sangat. Tapi kalau sebut Luban boleh jadi celik mata jap. Yang ni seawal baby lahir dah boleh sapu kat baby untuk tingkatkan sistem imun dan kecerdasan otak dia.


Ini must have untuk baby! Penyelamat masa baby kena colic dan juga bantu baby tido lena sebab ia bertindak sebagai calming oil juga. Ibu pun boleh guna juga untuk reduce strech mark. Aku start apply Gentle Baby ni masa first trimester, no new strech mark come in and fading the old one! 
Love it!


Geranium membantu ibu dalam proses pengecutan rahim dan salah satu ramuan dalam jaundice blend untuk baby. Worth to buy!


Lavender ni banyak kegunaan tau! Untuk luka bersalin, untuk calming to both baby dan ibu, untuk diaper rash dan macam-macam lagi!


Yang ni pun, harga murah tapi sangat berguna! Untuk detoks, untuk masalah batuk/selsema baby, untuk low down body temperature and macam-macam lagi.


Yang ni sesuai nama dia. Fasa berpantang tak boleh stress-stress tau. Diffuse kan saja, satu rumah dapat manfaatnya. 

Ha macam mana? Best kan? Kalau ada yang nak cuba produk Young Living walaupun tak berpantang, boleh roger-roger me okay dekat instagram @nora_yleo atau Facebook Nora Yob Ismail.

Set berpantang kali ni? Nak cuba Amway pula.
Reviewnya tahun depan kayyyy. Hahaaa!

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang