I'm back! - Bersalin Anak Kedua :)
Assalamualaikum!
Ada yang rindu? Takde pun tak dulik nak tulis jugak. Hehehee.
Actually menulis ni sort of theraphy jugak tau. Umpama kau luah perasaan takde sapa nak potong cakap kau. Heeeeee.
Almaklumlah dah 3 bulan cuti, kena asah juga skil mematuk keyboard ni. Asik main telefon jer kan.
Okay, aku dah start kerja pada 10 Oktober hari tu. Banyak benda nak share dengan korang sebab perjalanan melahirkan anak kedua ni totally berbeza. Then, many things happen masa bercuti. Exciting and frustrating too. Takpe this entry kita cerita pasal pengalaman bersalin anak kedua okay!
Proses mengandung tu biasa lah. Alhamdulillah, sama macam previous pregnancy, takde masalah. Minum air gula - PASS
HB - PASS
URTI - PASS
Pendek kata semua okay, syukur. Disebabkan aku ada history melahirkan Ammar dengan berat 4.2kg secara normal, tu je lah part yang dirisaukan. Katanya ada potensi anak kedua tu lagi besar! Untuk kepastian, aku pegi scan and berat baby cuma 3 kilo je katanya. Takpelah, Nak. Asalkan awak sihat walafiat.
Ikutkan due date baby ni ialah 15 Julai 2018, tapi pada 11 Julai tu masa bersiap nak pergi kerja ada spotting. Aku macam blur. Ye lah, masa Ammar langsung tak ada pengalaman turun tanda ke apa. Aku still pegi ofis macam biasa. Lagipun petang tu aku ada appointment kat KK. Sembang dengan officemate, lambat lagi katanya. Mau esok baru bersalin. Huhu.
So petang tu, aku bincang dengan suami. Suami kata, dah masa kot. Kalau pegi check up kat KK pun mesti dia suruh pegi spital. Sebab kitorang memang plan nak bersalin kat Muar dan aku berpantang kat rumah MIL kat Merlimau, maka bersiaplah kitorang mengangkut segala benda. Nasib baik banyak barang berpantang kitorang dah siap-siap park dekat Merlimau. Ni cuma bawak beg baju dan benda kecik yang lain. Punyalah mengangkut sampai akak-akak cleaner kat blok ni perasan. Siap diorang datang bersalam peluk cium dengan aku and wish me luck. Oh, terharu sungguh. Terima kasih kakak-kakak semua! Lepastu, ambik Ammar pulak dekat rumah babysitter dan bermulalah perjalanan kitorang ke Merlimau....
Sampai Merlimau, letak barang, tinggal anak maka aku dan suami berdua pulak ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Sampai hospital lebih kurang pukul 4 petang macam tu. Tukar kain hospital, diorang buat CTG. Yang entertain aku tu rasanya doktor praktikal. (lucky me selalu dapat doktor perempuan, alhamdulillah) Dia kata nak check bukaan tapi akan ada sorang lagi doktor akan check juga untuk sahkan. Me like, what? U mean, 2 kali seluk X 2 orang seluk? Gituuu? Hahahahaa!
Tapi tak tau la kenapa angin aku hari tu baik, aku kata okay doktor.
Maka seluk lah ia. Tapi this doktor macam blur-blur. Diapun panggil kawan dia. Doktor perempuan juga. Dia kata kat kawan dia, takde bukaan. So, bila kawan seluk dia kata - are you sure? Ada ni. Aku pun okay fineeee, aku jadi bahan ujikaji. Hahahaa! Agaknya diorang perasan riak muka aku macam oh well, come on - cepat-cepat doktor tu kata 'Maafkan saya puan, saya nak sahkan benda ni dan saya pun tengah belajar lagi'. Aku pun jawab - oh, takpe doktor. Silakan. Hahahaaa!
Pastu kawan dia tu pun ajarkan la seluk. Dia kata dalam lubang ada lagi lubang. Aku macam impress. Hahaaaa! Pastu dia cari-cari, haaa ada! Ok, tahniah. -Aku cakap dalam hati laa. Depa kata ada dilation 2cm. Pastu cong-ceng cong-ceng, depa panggil doktor sebenar pulak. Doktor pun explain. Doktor bagi pilihan sama ada nak stay kat ward atau nak balik sebab jarak rmah MIL dengan hospital lebih kurang 30 minit jer. Aku pilih nak balik. Tak sanggup nak berpisah dengan Ammar Raees. Huhuuu.
So malam tu lepas tidokan anak, aku macam tido ayam. Terfikir macam mana rasa contraction ni. Hahaaa! Dalam pukul 12 malam tu tiba-tiba perut aku sakit. Haaa yes, ini lah rasa contraction. Baru aku teringat balik. Hahaaa!. Cepat-cepat aku install apps kira contraction kat phone. So dari pukul 12 malam tu kejap-kejap sakit. Tapi mengandung kali ni aku dah tenang sikit. Ye la ada pengalaman kan. Dalam pada menahan sakit dan tanda kat phone tu, dalam pukul 4 pagi sakit dah selang 15 minit. Apps pun dah alert go to hospital now, go to hospital now! Hihii. Aku pun kejut suami. Dia sempat mandi koboi segarkan badan. Kejut MIL untuk tengokkan Ammar. Sedih sangat rasa masa ni. Emosi kot.
Dalam kereta suami duk pecut jer. Habis bumper semua dia langgar. Lagi nak dekat sampai, makin kuat sakit aku memang tak tertahan. Mulut cakap, sabar Babah take it easy drive. Tapi aku duk mengerang uhh uhhh menggeliat kiri kanan. Mana tak panik orang tu. Hahahaaa! Jemmmm!
Sampai hospital, suami drop aku kat lobby. Aku nak ambik wheelchair yang dekat pun tak larat. Berlari lintang pukang suami aku. Dari jauh aku sempat ketawakan dia. Lucu tengok dia gelabah macam tu. Hahaa! Suami tolak aku pegi labour room. Seingat aku masa tu dalam pukul 5 lebih. Ambik CTG memang seksa jiwa raga. Contraction makin kuat. Tapi satu benda yang aku belajar buat kali ni ialah BREATHING TECHNIQUE! Rugi tak ambik tau masa Ammar dulu.
Katil sebelah aku time tu sorang chinese lady yang air ketuban pecah sebelum waktunya. Tiap kali sakit datang, aku breath in dalam-dalam sangat dan exhale ikut mulut slowly. Ya Allah, memang sangat-sangat membantu! Sakit is bearable dan kita more relax. Kali ni aku lebih waras. Hahahaaa!
Lepas doktor check aku dah dilate 5cm, maka ditolak aku ke bilik bersalin dalam pukul 6 lebih macam tu. Air ketuban aku dipecahkan. Masa ni sakit memang tak tertahan. Ada sorang doktor tengah prepare perkakasan. Masuk sorang nurse sister (pakai baju biru) nak ambik tekanan darah aku. Tiba-tiba aku terasa sakit dan macam terasa baby dah kat hujung. Aku cakap "Nurse! Saya rasa baby dah nak terkeluar!" Cepat-cepat nurse check aku pastu godek-godek. Haaa kepala anak aku dah nak keluar!
Dalam sakit tu aku sempat mintak diorang panggil suami aku. Ye lah, siapalah diriku tanpa suami di sisi. Huhuuu. Terharu rasa suami ada kat sebelah, pegang tangan dan lap peluh ni (dosa banyak kan kat suami hihii). Nak cakap betapa preparenya aku kali ni, Nurse siap suruh teran tapi aku tak nak hahahaa! Kenapa tak sakit eh? Pandai pulak Nurse tu tanya aku. Yes! Itulah teknik yang aku tak praktik sebelum ni. Sebab tu aku hilang tenaga habis masa nak bersalinkan Ammar. Asik teran jer. Kali ni, aku praktik cara betul. Ada contraction baru teran. Tapi ini pun not really gentle birth sebab kita sepatutnya 'breath out' the baby not teran kan. Tapi sebab dah sakit weiiii hahahaaa!
Aku push kali pertama. Pastu aku push kali kedua lamaaa zupppp terkeluar anak aku. Suami aku kata anak aku meluncur keluar macam terbang. Hahahaa! Nurse pun terkejut. Nurse kata aku patut teran 3 kali baru cantik, keluar kepala, keluar bahu, keluar semua. Tapi aku rasa part ni mungkin permintaan aku yang mintak suami doakan aku push 2 kali jer Allah dah makbulkan. Tak tau kenapa itu yang aku mintak suami aku doakan. Haaa jangan main-main dengan doa suami, makbul you! Hihiii.
Alhamdulillah, jam 7.17 pagi selamat aku lahirkan baby girl yang sihat seberat 3.08kg. Syukur Ya Allah atas kurniaanmu ini.
Kami namakan dia Hana Raissa.
Hana : Kebahagiaan
Raissa : Yang Beriman
Ammar Raees dan Hana Raissa
Comments