Mengalah Tak Bererti Kalah? Tribute For Arwah Ayah..

Assalamualaikum!

Someday in 1997..

Satu petang mak beritahu - 'Ayah nak jumpa..'
Aku yang time tu tgh layan cerita cina dalam bilik berdebar2 rasa..
Ayah jarang sekali buat request..kalau ini macam mesti ada yang tak kena..haishh!! Otak aku ligat mengingat apa lah yang boleh jadi penyebab ayah panggil aku..itulah ayah..tak pernah sekali pun memukul anak2 tapi kalau sekali dia berhujah dan bersuara tentang kesalahan yang kami buat, hmmphhh makan dalam punya..

Ayah dah tunggu..duduk tegak atas kerusi di ruang tamu rumah..menghadap pintu..pintu terbuka..nampak pemandangan indah..ada angin sepoi2 bahasa..aku duduk di kerusi sebelah ayah..

Aku : Ayah..
Ayah : Hmmmm..buat apa?
Aku : Tengok tv..
Ayah : Hmmm..ni ayah nak tanya..mak kata, Kak Cik dengan Alang, hmmppphh apa? Bercakar-cakar? - Ayah pandang dengan senyum..
Aku : Hihiii..mana adaaaa...- Aku senyum juga..tapi dalam hati..(Arrghh! Ni mesti kes mak mengadu aku bergaduh dengan kakak aku, Alang seminggu lepas..)
Ayah : Apa yang digaduhkan? Ayah dengar dah berhari2 tak bertegur sapa..kenapa?
Teringat aku kejadian yang jadi punca kejadian tu..

Alang : Nanti ko tolong angkat baju aku ye..
Aku : Ye..

Petang tu sebelum kakak aku balik kerja, aku angkat baju tu dan letak dalam bakul..bakul tu aku letak jer kat dapur..tak lama lepas tu, dengan mata kepala aku sendiri aku nampak adik aku si atan yang umur 13 tahun time tu tengah punggah2 bakul tu > cari seluar katanya..lepas tu aku tinggalkan dia dengan pencariannya dan teruskan tgk citer cina bersiri yang kalau tak tengok memang tak sah hidup aku time tu..

Malamnya bila kakak aku balik dari kerja dia terus marah2 aku..kalau setakat marah tak apa, ini dia tolak2 aku, siap ala2 tarik rambut aku pulak..memang cari nahas..dah la aku 3 kali ganda besar dari dia..yang aku ingat masa dia buat action2 tu kat aku aku boleh senyum lagi..sebab kakak aku ni memang lembek, sekali tolak boleh tersembam ke rumah jiran..dan time tu aku tak ada feel pun nak lawan dia physically..cuma aku lawan mulut dengan dia yang kata aku tak ikhlas angkatkan baju dia, sebab tu aku campak baju2 dia atas lantai dapur ?? Aku kunci dua-dua tangan dia dgn sebelah tangan aku ja.. Hahahaaaa!! Lawak kan..(Alang > tuduhan ko tak berasas langsung! Atan yang selongkar bakul tu!!)

Berbalik kpd conversation aku dengan ayah, itulah yang aku ceritakan pada ayah..tak ada tokok tambah punya..terperinci..

Ayah : Hmmmpphh..sikit punya hal..abis tu kak cik 'kutil' dia lah? Lepas berkutil
sini berkutil sana, dua-dua masuk hospital..bila nak habisnya..(time serius pun ayah still nak selitkan karakter lawak dia gak..)

Aku : Mana ada..orang tak buat apapun kat dia..dia tu yang tuduh2..orang marah lah..orang tak suka dia tuduh orang benda yang orang tak buat..bukannya dia nak tanya dulu..ni terus serang2 orang..

Ayah kata : Kak cik...itukan kakak..lagipun dia balik kerja, penat..kak cik cuba fahamlah..yer lah, ayah percaya kat kakcik..kakcik tak salah pun..sebagai adik, kakcik mengalahlah..mengalah tu tak bererti kita kalah..betul? boleh?

Masa ni, aku menangis dah..walaupun masa tu aku budak2 lagi tapi aku faham apa yang ayah nak aku buat..ayah nak aku mengalah kepada sesuatu perkara yang aku tak boleh terima demi menjernihkan hubungan aku dengan kakak aku..

Mengalah bukan tanggungjawab sesiapa, tapi ianya satu pengorbanan yang kita perlu buat demi kebaikan semua tanpa mengira siapa kita, kita atau dia salah, ataupun kita atau dia betul..

Ayah sentiasa beri nasihat terbaik..Sejak itu, aku dan Alang selalu sehaluan..jika bertentangan sekalipun, tidak ada lagi kutil mengutil dan tidak ada istilah tidak bertegur sapa..

** ps - Ayah, ada ketikanya hati dan badan ini tak mahu mengalah..kerana ianya sangat melukakan..

Comments

Hunny said…
salam Nowa,

Nice entry.. Ada kena mengena dgn kak hani.. Kak hani pun putuskan untuk mengalah ajer lah demi kebaikan semua pihak yang berkenaan, walaupun aku tak redha dia fitnah aku macam2.. biarlah nanti di akhirat dia terhegeh2 nak jumpa aku minta maaf.. sebab tak dapat masuk syurga...
..nOWa.. said…
hmmm...easy to say but very hard to do, rite? untuk kebaikan semua, kak hani..i wish i can be as strong as you..i am vulnerable, indeed.. > am i?? hehehhhh
ana said…
baru prasan yang picture profile nora ni kat mata ada love...(erkk..komen apa nih???)...:P
..nOWa.. said…
owh! itu namanya mencari cinta kak ana...hahahaa!!

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.