Bersatu Demi Islam

Assalamualaikum.

Ingat Allah SWT
Takutlah kepada pembalasan
Akhirat itu pasti, balasan di dunia telah dijanji
Jangan takut untuk bersatu
Demi agama kita, Islam yang mulia

Sayu, sedih, hiba dan terhina
Agama Islam dipermainkan
Amalan dan syariat kita dipertikaikan!

Saudara seagama kita sendiri yang mempersenda agama kita
Kafir harbi tidak lagi menghormati agama kita

Ketepikan kepentingan diri
Perkukuhkan keimanan
Bersatu demi Islam!
Bersatu demi Islam!
Bersatu demi Islam!

*credit to http://malaydelima.blogspot.com/

Mungkin ramai dari kalangan kita masih belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan orang Islam. Eloklah di perjelaskan secara kronologi agar senang difahami.

  • Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.
  • Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).
  • Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.
  • Program tersebut dihadiri lebih kurang 80-100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam (seperti di dalam kad pengenalan) di mana ianya disyaki diadakan bagi meraikan MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri.
  • Pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya. Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris (testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.
  • SOPHIA (penganjur program) mempertikaikan pemeriksaan tersebut kerana ianya adalah tempat persendirian sambil berdolak dalik menafikan kehadiran orang Melayu/Islam dalam program tersebut (SOPHIA@NADEANE terlupa yang dia juga Melayu/Islam).
  • Di dalam tentatif program tercatat nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana SOPHIA berhujah mereka berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.
  • Turut terdapat di dalam program tersebut ialah soalan kuiz perkara-perkara asas tentang Islam untuk menilai sejauhmana kefahaman mereka terhadap Islam yang dibuang di dalam tong sampah di dalam dewan tersebut. Antara soalan kuiz ialah 'Apakah maksud perkataan Islam?', 'Apakah maksud perkataan Quran?
  • Beberapa orang disyaki Melayu/islam cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.
  • Pemeriksaan terhadap individu di dalam dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan "delay tactic" untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti.
  • Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 individu beragama Islam berada di dalam dewan tersebut iaitu 3 lelaki dan 9 perempuan yang rata-ratanya tinggal di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya dan Seputeh termasuk dari Alor Setar dan Muar. Terdapat juga dari kalangan mereka yang turut membawa anak-anak kecil.










ps1 - Sokongan kepada pihak JAIS. Teruskan usaha amar makruf nahi mungkar.  Jangan tunduk kepada tekanan politik.

ps2 - Semoga ada kebangkitan di Pulau Pinang!

ps3 - Allah tahu kita memerlukan Dia. Dan Allah sentiasa bersama kita!

Comments

Hunny said…
Very informative entry sis..:)
Angah said…
Allahuakbar! semoga usaha murni JAIS mendapat kemudahan daripada Allah..
Cik Zura said…
nowa, akak link kan post ni kat my blog eyh... thank u
..nOWa.. said…
Kak Hani, Angah dan Kak Zura : thank you dan sebarkan.. :)

Popular posts from this blog

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.

Permata Yang Hilang Dan Kamasutra.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir