Cerita Ramadhan, 7

Assalamualaikum.

Kampung Oya.

Lepas buka puasa dengan Mak, Oya solat Maghrib. Waah! Dah pukul 8. Tu lah dia kalau makan berbuka tak sudah2. Makan seolah2 esok tiada lagi. Heheh.

Lepas solat, Oya kemas beg baju. Mak dah tau Oya nak balik ke kota terus lepas terawih dekat masjid. Ye lah, esok Oya kena kerja. Masa puasa pertama itu hari, Oya gerak balik ke kota lepas sahur. Sampai depan mesin pengetik kad tepat2 pukul 8. Haissh! Oya tak suka macam tu. Sebab Oya bawak kereta laju2. Tekan minyak kuat2. Potong kereta lain tak bagi signal. Lampu isyarat kuning pun Oya lagi tekan minyak, siap tukar gear rendah. Oya tak suka, sebab kenapa Oya kena jadi samseng atas jalan raya? Sebab Oya bukanlah samseng sangat, macho je sikit.

Sampai masjid, azan Isya' belum berkumandang. Oya buat solat sunat tahiyatul masjid. Oya buat dekat saf belakang2 aja. Saf depan memang ada kosong, lobang2. Tapi nanti bila nak mula solat Isya' Oya pegilah selit2 kat depan. Boleh punya.

Masa azan Isya' jemaah dah mula ramai. Oya dapat ganjak ke saf nombor tiga dari depan. Oya buat solat sunat sebelum Isya' pulak. Amboi bukan main lagi tawadduk Oya sempena Ramadhan. Takpelah, itu semua latihan untuk Oya kekalkan momentum ibadat selepas habis Ramadhan pula. (Amin kan semua. Heheh.)Tiba2 makcik depan Oya gerak ke saf depan, cepat2 Oya ambik tempat dia. Ye lah, memang muat2 untuk Oya. Makmum saiz sederhana. Tidak terlalu gemuk. Sedang2 aja saujana memandang. Ya Allah, sukanya hati Oya biarpun tak dapat saf paling depan sekali.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” (Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)

Masa tu Oya dah siap2 ambik feel sebab Imam dah angkat takbiratul ihram, tiba2 makcik sebelah Oya cakap pada Oya :

'Eh,dik. Kenapa duduk sini pulak..Tak muat, sempitlah macamni..'

Oya, terbako. Tapi Oya sabo. Sebab itu makcik. Kalu itu adik Oya dah lama Oya kutil. Lepas kutil Oya senggol pulak dia pakai pinggul Oya. Sebab Oya sabar sikit, Oya jawab jugalah :

'Tempat ni kosong, cik.' Pastu Oya jeling dia.

Jahat tak Oya? Heheh. Taklah Oya tak jeling dia. Lepas cakap macam tu Oya terus je solat. Malas Oya nak layan. Sampai bagi salam, Oya tak duduk pun atas kaki makcik tu. Dia pun takdelah duduk atas kaki Oya, Setakat terhimpit tu adalah. Tapi Oya tak kisah pun. Oya terduduk sikit atas kaki makcik sebelah kiri Oya adalah. Tapi bila habis bagi salam, cepat2 Oya duduk baik2. Makcik tu tak marah pun Oya.

Habis solat Isya', sambung solat terawih. Oya buat 8 rakaat saja. Oya buat di saf yang sama. Oya cuba tumpu pada solat saja biarpun sikit2 Oya terganggu dengan suara makcik yang sound Oya berbual2 dengan kawan dia. Oya ada dengar juga dia sound jemaah di belakang dia. Kata dia :

'Tadi masa sujud terkena bontot saya ye? Minta ke belakang sikit yer.'

Oya istighfar banyak2. Oya taknak lah membenci makcik sekampung Oya ni secara drastik. Kesian dia. Oya cuba sangka baik dengan dia. Mungkin kekhusyukan dia masa solat terganggu kalau dia terduduk kaki orang lain atau terasa ada orang sondol dia. Oya cuba sangka baik. Oya cuba.

Habis 8 rakaat, Oya salam dengan makcik sebelah Oya. Tanda 'makcik, saya buat 8 je'. Bila Oya nak salam makcik yang sound Oya tu, dia dah tak ada. E'eh dia dah bangun dulu dan hilang di sebalik keramaian jemaah.....

Dalam kereta, Oya terkenang masa Oya diberi peluang oleh Allah SWT buat umrah dengan Mak. Kenangan paling indah dan tak akan Oya lupakan selagi Oya hidup. Tiap2 hari Oya dan Mak akan jalan kaki lebih kurang 800 meter dari hotel ke Masjidil Haram satu jam sebelum solat Zuhur. Lepas tu tak balik hotel lagi sampailah selepas Isya'.

Di Masjidil Haram, Oya dan Mak akan masuk ikut pintu King Abdul Aziz, lepas tu Oya dan Mak akan jalan jauh ke dalam untuk pergi dekat port yang kami suka. Dekat tangga, betul2 menghadap Kaabah. Dekat dengan paip air zam-zam. Allahuakbar. Selalunya Oya dan Mak dapat duduk depan sekali. Tiap2 hari selama 10 hari di Mekah, itulah tempatnya. Kadang2 bila penat, Oya bersandar pada tiang tangga sambil tengok Kaabah. Tengok orang tawaf. Tengok semua orang tak henti2 beribadat. Allahuakbar. Bila mengantuk Oya ambil wuduk guna paip air zam-zam. Masyaallah sejuk. Macam air peti ais. Kebas2 muka Oya, tapi seronoknya, Ya Allah. Segar rasanya. Hilang lesu dan penat.

Bila nak dekat masuk waktu, penuh depan tangga. Di dalam tak payah kira. Ada juga satu waktu, jemaah sembahyang di lantai selepas tangga turun, tempat orang lalu lalang sebab dah tak ada tempat lagi. Oya dan Mak yang asalnya berlapang2, mula berhimpit2. Berlaga2 bahu. Tahu2 sajalah saiz orang Arab. Ada lagi bau minyak atar Arab, semerbak menusuk hidung.

Tapi itulah nikmatnya sembahyang berjemaah. Berebut2 memenuhkan saf, meluruskan saf, merapatkan saf. Tak kisah lagi kalau terduduk atas kaki orang, terpijak telekung atau tersondol bontot. Asalkan pahala solat jemaah dapat direbut.

Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), “Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433) Dalam Riwayat yang lain, “Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim) “Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bahkan Rasulullah SAW sebelum memulakan solat, beliau berjalan merapikan saf dan memegang dada dan bahu para sahabat lalu bersabda, “Hendaklah kalian meluruskan saf-saf kalian atau Allah akan membalikkan wajah-wajah kalian.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, dengan izin Allah, bila kita sembahyang jemaah di masjid, Oya harap sangat supaya kita semua rendahkan hati dan rasai indahnya perasaan bila dapat bersentuh bahu dengan jemaah lain dalam satu saf, meng Amin kan doa dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan kekurangan diri kita apa adanya. Usah difikirkan sangat kaki kebas terhimpit atau telekung kita yang tertarik oleh orang sebelah kerana Allah sahaja yang layak menentukan kesempurnaan solat kita. Kita hanya berusaha.

Sampai rumah kota, Oya makan lagi. Lepas makan Oya tido. Sekian.


ps* Rapatkan saf. Jangan nanti bersilisih hati kita.














Comments

Hunny said…
Oya yang baik hati tetapi masih sedikit garang. Lain kali doakan makcik tu dapat hidayah..:)

Popular posts from this blog

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.

Permata Yang Hilang Dan Kamasutra.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir