Makan Pasir

Assalamualaikum.

Aku bukan plastik, bukan kayu, bukan batu.
Allah beri aku hati.

Aku tak pandai berpura-pura
Sebab aku bukan pelakon tambahan
Aku tak pandai bermuka-muka
Sebab muka aku ada satu

Jangan kata aku berdendam
Kalau kau pandang, aku berpaling
Kalau kau tegur, aku tak jawab
Kalau kau senyum, aku tak balas
Kalau kau tanya, aku tak jawab

Sebab, lepas apa yang dah kau buat pada aku
Kau tak pernah minta maaf?

ps1 - Ke kau nak tunggu raya?
ps2 - Kalau aku hidup lagi time tu..kalau aku dah mati?
ps3 - Aku boleh maafkan, tapi aku tak jamin boleh lupakan..aku ni manusia biasa.
ps4 - Pinggan dah retak, memang boleh guna, tapi tak kan sama macam dulu. Harap maklum
ps5 - Jangan expect aku boleh ramas mesra dengan kau macam sebelum kau tabur pasir dalam periuk nasi aku. Nasib baik pasir pun aku makan. Apa ada hal. Semua pun boleh...

Comments

ana said…
:)...tapi jgn makan pinggan sekali ye. walau dh retak, nnti nak pakai gak.

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Do's And Don'ts Semasa Berpantang