Mak Guard Dan T-Baton

Assalamualaikum!
 
Tak pernah lagi aku share cerita aku sejak jadi Mak Guard kan? Hihii. Gila kau. Kerja aku ni sibuk, tauhu tak? Mana ada masa nak up entry jer. Ni kira aku rajin baru la boleh share cerita. Terima kasih la kepada yang tak sengaja bukak blog aku nih. Hahahaaa!!
 
Okay, minggu depan ni aku kena pi kursus Polis. Jadi opis aku sediakanlah macam-macam latihan. Satu daripadanya latihan T-Baton.
 
Untuk yang tak familiar apa dia T-Baton mari akak bawa anda mengembara bersama akak yer. (Maklumat akak dapat hasil google yaw. Kalau salah tolong perbetulkan akak yang gemuk lagi naif ini..)
 
T-Baton ni atau nama sebenar dia Tonfa Baton adalah sejenis alat mempertahankan diri Jepun yang boleh dipendekkan dan dipanjangkan. Lebih praktikal daripada cota. Banyak dah agensi yang gunakan T-Baton ni macam RELA, JPAM termasuklah PDRM. Mula digunakan dalam PDRM sejak tahun 2008 kalau tak silaplah. T-Baton ni sesuai digunakan untuk menangkis ancaman senjata tumpul dan tajam. Tapi kalau member dah keluar pistol, maka tiadalah gunanya kita acu T-Baton ke dia...time tu ke belakang pusing dan larilah sekuat hati..Cukuplah tu ala kadar bab sejarah T-Baton.
 
 
Contoh T-Baton. Dia ada banyak jenis dan design.
 
 
Apa yang menjadi sejarah kat aku ialah berkisar pada hari terakhir latihan asas T-Baton aku. Hari tu, jurulatih (yang ala-ala hensem dan 90% disyaki bujang) cakap dia akan uji setiap orang benda yang dia dah ajar, menangkis ancaman penjenayah bersenjata tajam dan tumpul. Aku tau aku akan kena jugak, tapi yang lebih mendebarkan aku ialah macam mana aku nak menangkis panahan mata jurulatih ala-ala hensem ni. Hahahahaa!
 
Turn aku sampai. Adehhhh lemah longlai lutut aku. Tapi aku seperti biasa, muka confident habis. Dia kasi bow sekali, aku kasi 2 kali. Hahaaa! Tu taktik aku nak ganggu konsentrasi dia tu..punya serius muka jurulatih aku. Hihi. Time tu boleh pulak member-member jerit 'bayangkan la Encik tu perogol. Belasah dia! Belasah dia!'
 
Hahaha!! Gila apa. Muka macam ni punya baik disuruh aku bayangkan sebagai perogol? Ciss! Aku pun ambik kesempatan yang ada menatap wajah jurulatih aku yang akan aku rindui nanti bila habis latihan ni..huahuaaa! Gatai dak Kak Toooonnnn?
 
Jurulatih aku dengan machonya buang kayu kat tangan dia. 'Okay, Cik. Saya lawan Cik dengan tangan kosong yer.' Alahaiiii...betapa sucinya hati dia tak nak aku terluka. See? See?
 
Masa seakan terhenti. Kami saling berpandangan. Aku tak taulah apa yang dia fikirkan. Aku apatah lagi. Aku tak boleh baca di mana dia nak serang aku. Di kaki kah? Kepala kah? Atau hati kah? Hahaha!! Gatai lagi dak Kak Tooonnnn?
 
Okay serius. Aku fokus. T-Baton aku pegang kuat. Kuda-kuda aku pasang. Sekali jurulatih aku bukak mulut 'hiiiyaaaahhhh!' terkeluar suara jantan dia yang aku idamkan jadi lullaby setiap malamku.
 
Dia mengacah, aku pula terus hilang kestabilan lalu jatuh terduduk macam nangka busuk. Rasa macam nak menyorok dalam rostrum yang terletak berdekatan. Member lain pakat gelak kuat-kuat.
 
'Tu saya baru hembus ja.' Itulah kata-kata keramat yang keluar dari mulut dia. Aku dengan rasa penuh bermaruah dan tiada malu (hahahahahaaaa!) bangun mencabar dia kembali.
 
Apa jadi dalam serangan balas tu aku tak payah cerita la kan. Dah tentu dia sengaja lemahkan diri dia dan bagi peluang aku menangkis serangan dia dengan macho lagi ayu sekali.
 
'Bagus.' kata dia. Aku berlalu sambil tersipu-sipu.
 
 
Hiiiyahhhh! Comey dak Kak Tooooonn?
 
 
ps - Cinta Kilat. It's always happen. ;)
 

Comments

ana said…
hahahaha...ok la tu kak ton.
Anonymous said…
Blah la ko ni...stok2 kak toooon la plak...
sue said…
gatai kak ton.. panahan mata konon...
Anonymous said…
Hahaha...lawaksss gilersss lah kak ton..have a nice day bby....

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.