Dr. Love

Assalamualaikum!

Poyo! Hahaaa! Saja nak share cerita2 lawak.
Aku ni kalau ikutkan takde la banyak nau pengalaman putus cinta..ada la setakat 78 kali..hahahaa!
Tipu jer. Ada la sikit..

Baru-baru ni, kawan aku introduce aku dengan kawan dia. Untuk mengisi kekosongan hati aku ni katanya..hihii..Ye lah, orang nak kenal kita tak kan kita nak sombong2 pulak kan..nak jadikan cerita, mula2 SMS jeww. Pastu main tipon-tipon pulak..hihi..Basically, mamat ni okayla..dia buat aku rasa selesa sangat bercakap dengan dia..kitorang sembang macam dah lama kenal and i think that was a good sign to know him further..senang cerita mamat ni dengan aku sama jer iaitu POYO! Hahaha! Di pendekkan cerita seperti di bawah..

Sekali tu hari ke-7 kenal dia tu ajak jumpa. Ye la, tengok rupa pun kat whatsapp icon jer. Guna camera 360 pulak tu. Hahahaa! 

Ceeehh. Kalau ikutkan, kali terakhir aku dating rasanya 2 tahun lepas kot. Ni pulak nak jumpa stranger. Tapi aku kan pencinta profesional..so, takde masalah. Mamat ni pulak, boleh tahan gelojoh dia. Nak jumpa time lunch break. Time panas-panas renta tu la ajak berdating. Aku pun dengan uniform kerja je la jawabnya. Muka kasi dua lapis bedak. Dah engko nak jumpa waktu kerja kan? Nasib laa..haha!

Sebab jarak kitorang tak berapa nak jauh, tapi sebab kejar masa kitorang jumpa kat tengah-tengah. Kedai makan dekat sebelah Maybank. Situ je pun aku tau, Dah aku ni kan berkelana di rantau orang. Heee. 

Dalam pukul 1.20 aku sampai checkpoint. Dia punya debar tak boleh nak kata. Macam nak terburai jantung aku dari rangka badan ni. Maklumla, dah lama tinggalkan bidang ayat mengayat ni. Haruslah Akak sedikit gentar, Dik..aku pun usha muka mamat ni pun kat whatsapp ngan wechat jer..tu pun gambar dia yang tak semenggah ditaruknya..langsung takde clue tahap kehenseman dia..

Sebab dia kata dia naik moto, so tiap kali ada moto lalu, aku pun usha. . Eehh..tak kan ni, ni tua sangat..eehh, ni ke? takkan laaa..tebal bena pulak misai eh..haaa gitu la gigih aku nak spot mamat ni..sekali dia tipon aku dengan gaya poyo dia tu 'hello, hello awak kat mana?' sambil lalu sebelah kereta aku. Dah tentu la aku bijak kan. Oh, ni dia..muka dalam gambar, langsung tak sama. Hihii.

Ceehh. Dia parking moto belakang kereta aku. Sebab aku gentlewoman aku dengan penuh tenang keluar kereta. Dia bagi salam la kat aku dengan muka serius dia tu. Hensem jugak aku tengok sekali imbas. So kitorang dengan profesionalnya menuju ke kedai makan. Sekali penuh daaa...

So, dia dengan gaya machonya ajak aku pi kedai lain. Time ni dia terus buat perangai. Selamba jer menuju kereta aku pastu hogah-hogah pintu suruh bukak. Aku masa tu macam, what the fish...time tu jugak la kunci kereta aku tersangkut kat poket takmo keluar..Hahaaa! Bongok sangat rupa aku masa tu..

Ceeyyy masuk kereta. Aku pun dalam hati bertenang beb bertenang...dengan penuh profesionalisme aku memulakan perbualan :

Aku : Hmm. Kita nak pegi mana? Saya bukan tau tempat makan kat sini.

Dia : Mana-mana je la. Saya pun tak tau.

Aku : Awak cakap la. Saya bawak ni.

Dia : Jalan je la. Kita pi dekat depan sana. 

...Krik..Krikk..(bunyi cengkerik) Hahaaa!

Ceyyyy..aku pun masuk gear reverse. Pelan-pelan aku undur. Sekali......'Buk'

Aku : Awakkkkk! Moto awakk!!

Dia : Awakkk!! Kuda saya!!!

Aku gelabah gak la kan..Moto dia tak tumbang pun. Tapi ye la, kot2 bengkok ke patah ke. Aku suruh dia kuar tengok tapi dia dengan machonya kata 'Takpe, takde apa. Jalan la.' Heeeeeeeee.

So, aku pun jalan je la.......dalam perjalanan, aku memulakan perbualan..

Aku : Awak, sorry eh. First date kita je pun saya dah langgar moto awak. Mesti awak benci saya kan?

Aku buat muka toya.

Dia : Hmmm..Memang. Saya benci awakkkkk!!

Hahahaaaa!! Gitu la first date aku. Korang mampu cenggitu?? Hahahaaaa! Aku jer mampu.

Apa jadi lepas first date tu? Berminat ke nak tau? Hahahaaaa!

ps - Love is strange. Hihi.




Comments

ana said…
hahahaha.....lawak la baca coretan nora ni. nak tau apa jadi lepas tu....ngeeeee
yOn nOy said…
ala nora..
next story pleaseeeeee....

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang