Rutin Malam Jumaat
Assalamualaikum.
Tajuk memang. Abaikan aja.
Yang sebenarnya aku nak imbas sikit kenangan aku masa dekat opis lama tiap kali hari Jumaat.
Jumaat ni sebenarnya hari yang best kalau kerja. Selain hari yang Allah janjikan banyak pahala (itu pun jika kau tahu bagaimana nak kutip dan mendapatkannya) hari Jumaat kalau dekat pejabat kerajaan kau paling tak sabar nak tunggu pukul 12.15 tengahari. Hihii.
Tajuk memang. Abaikan aja.
Yang sebenarnya aku nak imbas sikit kenangan aku masa dekat opis lama tiap kali hari Jumaat.
Jumaat ni sebenarnya hari yang best kalau kerja. Selain hari yang Allah janjikan banyak pahala (itu pun jika kau tahu bagaimana nak kutip dan mendapatkannya) hari Jumaat kalau dekat pejabat kerajaan kau paling tak sabar nak tunggu pukul 12.15 tengahari. Hihii.
Mari aku kenalkan watak-watak utama dalam hidup aku masa kat Shah Alam dulu.
1) Kak Roha - Pemutus kata di waktu semua buntu nak buat keputusan dan kadangkala pemiutang. Hihi.
2) Dila - Pencadang utama
3) Kak Mid - Pengikut dan kadangkala diperlukan untuk membuat keputusan muktamad
4) Yah - Pencadang sampingan
5) Kak Zura - Penghibur
6) Syika, Od, Cikin dan lain-lain lagi - Pengiring dan pelawak
7) Aku - Pemandu. Itu je jawatan yang aku dambakan. Aku tak suka fikir nak makan kat mana. Hahaa!
Selalunya time sarapan lagi Dila dah ingatkan konsep lunch Jumaat kitorang. Kitorang ni fleksibel. Ikut keadaan. Kalau time tu time purata duit gaji masih banyak, kitorang akan 'makan best' kalau tak kitorang akan 'makan biasa' jer. Hahaa! Makan best kitorang pun standard makan mee RM9.90 semangkuk tu kira best dah..makan biasa pulak makan nasi ayam kukus menangis satu set RM5.00 tu pun lepas naik harga..
Yang indahnya hari Jumaat kitorang ialah proses nak menyampaikan ke pukul 12.15 tengahari tu. Hahaa!
Dila sebagai P.A yang dedikasi akan call ahli-ahli kat pejabat masing-masing. Yer la kitorang ni bukan satu department, level lain-lain. Ayat cliche Dila 'Okay, 12.15 dekat foyer depan yer.'
Kadang-kadang kitorang pi satu kereta, kadang-kadang dua. Tengok keahlian hari tu. Aku, selalunya punctual. Kereta dah siap panas enjin. Tunggu penumpang. Ayat cliche aku 'Belakang, dapat air-cond tak?' Hahaaaa! Maklumla kereta kecik.
Dalam kereta tak payah cakapla. Bising. Semua nak bercakap. Sampai kedai, bercakap lagi. Makan pun bercakap. Tu belum campur drama lagi. Tepat pukul 2.45 selalunya dah ada dah kat opis. Dedikasi kitorang ni. Hihii.
Kenangan semua tu. Rindu semua tu.
La ni hari Jumaat kat sini beza memang berbeza. Biasanya ada yang menegur.
Diorang : Heyyy nak ke mana tuuu?
Aku : Balik, tido.
ps - Kadang-kadang rindu tu baik untuk kita. Kenangan juga baik untuk hati kita. Buat kita senyum.
Comments