Terung Dan Bendi Di Tempurakan.

Assalamualaikum.

Weyh. Lama jugak aku tak up cerita memasak aku yer. Apa? Ingat aku ni pemalas sangat ke? Pemalas sikit adalah. Hahaaaa!

Sebenarnya, dalam tempoh ini (ececeeeehhhhh) aku masak tau. Itu hari aku masak favourite dish aku buat pertama kalinya iaitu Laksa. Aku siap bagi kat student aku lagi. Komen student aku 'Ok Miss, sedap tapi kurang masin.' Heheeee. Kat student aku berani la bagi rasa..kat budak opis aku, jangan harap...hahahaa! 

Paling kerap aku masak akhir-akhir ni ialah Maggi Chef perisa Tomyam tu. Walawehhhhh. Lepas bertahun aku tak makan maggi, sejak balik PULAPOL aku makan balik. Ni semua PULAPOL punya pasal. Kuang ajaqqq. Tapi maggi aku bukan standard normal tau yang style rendam dalam air panas je. Aku masak guna dapur. Aku siap bubuh telur, fishball dan macam-macam lagi. Kira standard premium la. 

Nak jadikan cerita, Bos aku kat opis suka berkebun. Kat opis kitorang ada pokok sawi, cili. Semua dia tanam. Kat rumah dia pulak lagi macam-macam sayur ada. Ada ke patut dia bagi aku bendi satu plastik. Dia jangkakan aku nak masak asam pedas la tu. Tapi ofkos aku menghampakan diri sendiri sebab seingat aku sekali jer aku pernah masak asam pedas. Tu pun bawah pengawasan Mak aku. Bak kata Mak aku, aku ni pandai masak cuma kurang rajin jer. Hahaaa! 

Sebenarnya aku bukan malas, tapi sebab aku duduk sorang, barang-barang memasak macam rempah ratus, periuk belanga semua aku beli yang basic-basic jer. Kalau ada benda grand nak masak baru aku beli bahan. Cenggitu. Jadi kebanyakannya, paling grand aku nak makan ialah salad. Hahaaa! 

Dah la. Malas aku nak cerita pasal aku lagi. Ni pagi tadi aku buat. Pagi jugakla dalam pukul 11.30 sebab bangun pagi jer aku layan cerita korea dulu 2 jam. Lapar baru aku turun katil. Heeee.

Bahan-bahan dia terung ngan bendi. Telur dan tepung Goji.


Tadaaaaa!!


Tu titisan kicap cair. Presentation tak nak kalah. Hahaha! Tepung goji tu tak masin so dip lah dengan apapun. Sebab aku nak feeling-feeling Jepun, aku makan dengan kicap cair laa. Terung tu potongla sederhana nipis, jangan malas. Heeehee.

ps - Nak makan sotong goreng tepung. Bukan cekodok tepung. 


Comments

ana said…
ala...tak nak cete ni...nk sambungan Dr. Love :P
..nOWa.. said…
Hahaaaaa!
Masih terlalu awal Kak Ana...sabar yer..

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang