Buah Zuriat

Assalamualaikum.

Alooohaaaa! Hihiii.

Bila dah selamat kawin ni biasalah orang akan ajukan dengan soalan-soalan berkaitan baby pulak. Selalu kita akan jawab 'belum lagi' sebab kita jujur. Tapi aku pernah terbaca yang kita sepatutnya jawab 'Insyaallah, tak lama lagi' sebab apa yang keluar dari mulut kita adalah doa. 

Janganlah kita marah orang yang suka bertanya pada kita, anggap je lah mereka ni ambik berat pasal kita.....kannnnn. Cuma kalau tak kena cara tanya macam 'oiii, cepatlah buat baby' aku bagi jawapan 'oiii ingat buat kuih ke?' Hahaaaaa! Yang bertanya pun, pandai-pandailah menyusun kata, jangan sampai menyinggung atau membuat hati pasangan yang belum ada cahayamata tu sedih..sebab anak-anak tu rezeki Allah..Dengan izin Allah, semua boleh jadi.

Itu hari ada sahabat bagi 'buah zuriat' kat aku. Lama dah dia simpan sebab dia tak dan nak guna, Allah bagi dia baby cepat. Aku ni kalau rujuk ke klinik, Doktor pun suruh balik bertenang dulu. Almaklum tak sampai setahun pun nikah. Hihiii. Mungkin usaha kena kuat lagi kot. Hiiyahh! Hiiyahhh!

Balik rumah jer, Tonjer paling bersemangat. Suruh google macam mana cara nak guna buah ni. Orang dah beri, kita kena hargailah. Bila google, ada bermacam cara dan syarat. Disebabkan rezeki kitorang dapat sebijik je buah zuriat ni kitorang guna cara yang paling mudah sekali. Yang penting usaha, ye dak?

Buah ni kecik je. Macam buah kelapa versi kecik. Luar dia sabut, dalam dia isi. Bau dia sweet sangat. Bau manis, plum-plum gitu.


Ni rupa buah dia. Luar ni sabut.

Ni bila dah berjaya kopek. 

Ni isi dia.

**gambar semua aku pinjam dari blog INI. Terima kasih**


Kat dapur, Tonjer aku keletang-keletung bagi nak rak. Habis sompek pisau potong daging. Tak jalan jugak, guna lesung batu. Tak boleh jugak, guna martol (hammer). Hahaaaa! Dah la time tu pukul 11 malam, budak-budak tengah exam week. Mesti kena sumpah seranah kitorang kan. Hahaaa!

Selepas dah berjaya belah semua dan potong kecik isi dia, kami rebus semua sekali (sabut+isi). Dah suam, minum bajet suami 1 cawan, isteri 1 cawan. Berdoalah yang baik-baik.

Dalam pada susah payah nak dapatkan isi buah ni, aku dan suami dapat beberapa pengajaran.

1) Buah zuriat ni tumbuh di Mekah saja. Kat tanah suci. Bukan boleh kita pegi ulang-alik ambik buah ni. Ada rezeki, kita kirim kat kawan-kawan yang pegi. Allah nak kita berbaik sangka dan kuat usaha.

2) Terharu tengok suami susah payah belah buah ni. Buah yang kecik tapi sangat susah nak dapat isinya. Macam tu lah juga anak. Dari sekecil benih, kena jaga, kena susah-susah dulu hinggalah baby lahir. Allah nak bagi pengajaran. Yang kita idamkan sangat ni ialah 'amanah'. Tak mudah nak pikul. Tapi kalau kita bersungguh, Allah pasti beri. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Wallahualam.

ps - Doakan.




Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang