Resepi Sos Steamboat Ala Johnny's

Assalamualaikum!

Walaweyhhhhhhh! Kemain malas lately ni nak menulis. Ada pun semua separuh jalan lepastu terperap kat draf. Namun demi pembaca dan stalker ku yang setia, ku gagahkan jua. Heheeheheee. Alaaaaa, gurau pun tabuli. ;p

Menulis is my passion, and I want to keep writing as I could. Ceewah.

So, makan-makan ni buat dah lama dah. Time puasa hari tu rasanya. Ni kira menu berbuka dah hujung-hujung. Semuanya sebab tergoda dengan menu berbuka dari blog Kak Fillanie ler. Resepi pun dapat dari situ. Tengkiu kak. Sumber inspirasi sangat. Hihiii.

So, ni bahan-bahan untuk sos ala Johnny's nya. Lebih kurang seperiuk dapatnya.

10 biji cili besar merah (buang biji)
4 ulas bawang putih
5 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka makan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar pati oren Sunquick
 1/2 sudu kecil tepung jagung
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Bijan yang disangai secukupnya
Daun ketumbar yang dicincang halus secukupnya

Caranya ialah blend cili dan bawang putih lepastu masuk dalam periuk bersama segala bahan yang ada tu KECUALI bijan dan daun ketumbar. Benda dua tu lepas dah siap masak baru ditaburin dong yahh.





Ni rupa dalam periuknya.


Ni rupa dah siapnya. Tapi aku rasa aku punya terpekat sikit. So, boleh tambah air untuk cairkan.


Tu kaki Ebob I. Guna set steamboat beli masa bujang. Time gigih diet HCG. Hihii. Tonjer aku ni suka benau makan depan tv yer. Coffee table ni la jadi mangsa. 


Aku paling suka salad dengan tauhu keping tu banyak-banyak. 

Cara rebusan air steamboat tu pulak guna rebusan air ikan bilis, bawang putih (diketuk) dan bawang besar (didadu). Lepastu masukkan pati ayam kiub/serbuk. Perasakan. Masa nak berstimbot, tapislah air tu. Gituuuuuu.

Beria aku melawan kemalasan ni, u olls buatlah ye. Penat I taip. Huhuuuu.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang