30DBC - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum.

Apa ni. Berabad dah 30 days challenge aku tak sudah-sudah. Kah kah kah. Takpe lah, tengah ada mood ni nak menulis. Ni meja aku bertimbun kerja kita biarkan dulu. Eeewaaaahhhh!!

Masa aku kecik-kecik, aku adalah boyish. Muka aku comot dan takde sekeping pun gambar yang aku simpan. Tapi kat Mak aku ada lah kot dia simpan. 

Aku ingat aku selalu main basikal dan suka main bawah rumah. Mak ngan kakak aku kata aku jenis easy to handle masa kecik mungkin sebab aku anak tengah-tengah dan ramai kakak so aku tak terabai. Heeee.

Tak tahu lah lucu ke tak, Mak kata aku selalu kena tinggal kalau diorang nak pegi jalan-jalan. Sebab aku suka muntah dalam kereta dan suka 'nak berak' di pertengahan jalan. Potong stim semua orang. Hahaaaa! Ada satu kali balik kampung, dekat jalan yang sunyi sepi tu lah aku nak terberak. Dulu-dulu mana ada banyak RNR tu semua kan. Kesudahannya Ayah berenti kat kilang kayu dan tumpang berakkan aku kat situ. Hihiiii.

So setiap kali balik kampung, Mak akan tunjuk lah 'Haa, ni la tempat kau berak dulu.' Heeeeeee.

Ni dah tua bangka pun sama jugak. Cuma perangai muntah dalam kereta tu dah takde lah. Tapi nak terberak tu tetappppp ok. 

Selekeh. =_=


ps - Sebenarnya, perut yang baik ialah perut yang mentinja setiap hari ok. Kalau korang jenis 2,3 hari sekali baru nak membuang tu mesti ada masalah digestion. So, consume lah lebih air dan serat. (Cubaan menjadikan entry ni berilmiah sikit hahahahahahaaaaa!)

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.