UPSR

Assalamualaikum.

Hari ni last paper UPSR eh? Tengok member-member kat ofis punya komited amik cuti sebab anak nak UPSR terkenang pulang zaman aku UPSR dulu-dulu. Hihi.

Result aku takdelah flying colors mana setakat 3A1B je. Yang B tu pulak Matematik padahal tahun tu subjek Matematik adalah senang nak score. Siap kena panggil dengan Guru Besar lagi time tu. Tapi apa nak buat kan. I just hate Math very mucho-mucho gracias. Heee.

Seingat aku batch aku yang dapat 4A ialah dua orang jer. Yesss! 2!! Aku rasa itulah prestasi sekolah paling teruk tahun tu. Sebabnya aku tak tahu. Tapi seingat aku ada sikit ketidakpuasan hati di kalangan murid Tahun 6 time tu (kitorang lahh hahaa). 

Cerita dia, masa kitorang darjah 4, sekolah akan cari talent-talent seni untuk wakil sekolah dalam pertandingan nasyid, koir dan macam-macam lagi. Ye lah takkan nak suruh budak darjah 1 pulak kan. Suara pun chipmunk lagi. Hihii. Kira darjah 4 tu dah mantap la sikit. Aku ingat lagi detik-detik awal penglibatan aku dalam bidang seni. Ceewaahh!

Aku bermula dengan pertandingan main rekorder masa darjah 4. Cikgu muzik kata, korang mainkan lagu apa-apa jer. Time tu aku main lagu 'Seruling Senja'. Tapi cikgu impressed sebab aku ada mainkan satu not yang cikgu tak ajar. Sebenarnya not tu salah tapi sebab aku nak dapatkan bunyi yang aku nak, aku try-error je. So, aku menang dan hadiah dia ialah 5 ringgit tunai. Perghh. Terus berlari anak ke koperasi beli kad raya. Heeee.

So masa darjah 4 dengan 5 memang aktif lah. Aku sejak darjah 4 dah wakil sekolah pertandingan nasyid, koir dan orkestra. Memang enjoy dan happy. Dalam orkestra aku main pianica. Pastu up kepada melodica. Pastu Cikgu Ramli (cikgu muzik) up kan lagi main keyboard sikit-sikit. Pencapaian paling tinggi sekolah kitorang ialah wakil negeri Selangor dalam pertandingan orkestra peringkat kebangsaan. Tapi kitorang dapat tempat ke-12. Kah kah kah.

So sebab masa tu semua student termasuk yang darjah 6 menggila aktif, sekolah hentikan semua aktiviti kecuali akademik kepada budak darjah 6 (batch aku). Aku rasa sebab tu lah. Agaknya benda tu efek kepada emosi pelajar. 

Aku tak tau lah sekarang. Aku tengok anak buah aku takde pun minat cabang seni ni. Sukan pun tidak. Semua benda belajar je. Bila masa nak membongak macam aku? Hihii.

Tapi pada aku, jangan sekat kreativiti kanak-kanak. Biar dia bebas memilih aktiviti waktu senggang dia. Tapi zaman sekarang ni aku tengok budak-budak ni gadget-freak which is bad for inter-personal skills development. Duduk lah kau kat ceruk tu ha main hanfon sorang-sorang. Tak peduli orang kiri kanan. At least kalau dia bersukan or berseni-seni ada la jugak bercampur orang.

Esok-esok anak aku kalau berbakat seni tu tak lain tak bukan mewarisi aku lah tu. Kalau suka mengokak pulak tak lain tak bukan tu ikut ayahnya. Hihiiiiiii.

 Just in case u olls tak kenal. Ni pianica.
 Ni pulak melodica. Dulu cikgu aku panggil melodian. Beza dia, melodica ni panjang sikit not nya.
Nak main, sambung peniup tu kat tepi pastu guna nafas lah hembus. 
Kurang terel, guna tiub panjang, senang nampak not. 
Dah terel kalu pakai peniup pendek tu.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang