Nyaris.

Assalamualaikum.

Hari tu Mak datang spot-check hihiii. Tak lah Mak datang lepaskan hajat buat makan-makan kat rumah aku. Buat kecik-kecik ja, dalam 30 orang tetamu. Alhamdulillah, berjalan lancar. Terima kasih Mak! I love you soooooooo strongggg! Muahh!

Kalau Mak datang, aku ngan suami akan tido 'bilik merajuk' hihii. Bilik tu sapa tido memang tak ingat dunia punya. Merajuk kat dalam ni, gerenti takde sapa pujuk punya..hihiii. Bilik ni lighting dia syahdu je, sentiasa gelap. Tido hari ni, 8 tahun lagi kalau tak kena sepak baru tahu erti bangun tido. Melampau mandremnya. =_=

Bilik tu ada tilam single je. Time tu lah nak tido himpit-selit-belit bagai hahaaa! So, malam tu aku siap-siap ambik posisi dah. Tonjer pulak duk tertiarap mendugong main hanfon ngan COC kat laptop. So, aku dengan solehahnya memejamkan mata dulu laa. Dalam 2, 3 kali aku tersedar cahaya lampu hanfon hala kat aku. Tapi aku buat dunno je la sebab sangkaan aku mesti konsentrasi Tonjer aku ni terganggu dengan sound efek yang aku dendangkan. Hahaaa! 

Pastu, aku terjaga sebab rasa ada benda sejuk bergerak bawah kaki aku. Aku kan memang menggelupo, tapi malam tu Allah gerakkan hati aku untuk menggelupo lebih. Aku terus bangun. Suami suruh bukak lampu. Dikibas-kibas selimut aku maka tercampaklah seekor anak lipan hampir dewasa. Mak aihhhhhhh. Takutnyaaaaaaa.

Lepastu, suami aku pi buang jer kat luar. Termenung kejap aku. Huhuu. Kalaulah aku kena gigit lipan. Hmmmmm. Masuk hospital nanti macam mana. Masa tu aku terbayang Mak aku kena panjangkan percutian dia di Melaka. Hihiiii.

Rupanya suami aku kata yang dia duk halakan lampu hanfon tu sebab dia macam ada nampak kelibat binatang tu sebab tu dia suluh-suluh. Oh! So Sweet my ebob take care of me while I'm sleeping. Lepas dah drama-drama suami-isteri, aku tawakal je tido balik. Dengarlah nasihat suami, kata Allah nak tolong sebab tu bagi aku menggelupo lebih. Alhamdulillah, lena je tido tau-tau jer esok dah pagi sarapan pun dah siap. 

Hihiiiiii.


Perghh. Ini sekali dia sengat, sendiri mau ingat.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang