Kacau.

Assalamualaikum.

Entah kenapa kes anak-anak orang asli yang hilang mengganggu fikiran aku akhir-akhir ni. Sedih sungguh tengok keadaan 2 orang anak yang survived. Betapa trauma dan terganggunya hidup diorang mengenangkan kawan-kawan yang mati depan mata, menghidu bau mayat yang busuk, melihat ulat-ulat menghurung badan kawan sepermainan. 

Tak dapat aku bayangkan perasaan takut duduk di dalam hutan yang gelap tak tahu ke mana arah, lapar, dahaga...They just 10 and 11 years old!

Allahu...

Aku cuba bayangkan kalau aku tersesat dalam hutan, sendiri. Aku bagi tau suami aku 'mesti saya akan terbaring je tengok langit..' Suami aku kata 'Cari jalan keluar! Ikut sungai, makan apa yang binatang makan! Jangan nak terbaring ngan menangisssss aja!!' 

Huhuuu. =_=

Itulah beza kanak-kanak dengan kita. Kita yang dewasa mungkin ada ilmu, kemahiran dan bermotivasi tinggi untuk survive. Itupun kalau semangat dan tenaga masih ada. 

Tapi anak yang dua orang ini...dijumpai dalam keadaan ketakutan. Menyorok di celah akar-akar kayu. Tidak jauh dari mayat kawan-kawannya.

Semoga masa dapat mengubat hati anak-anak ini.

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.