Resepi Mee Rebus Mat Ececeh.

Assalamualaikum!

Bertemu lagiiiiiiii. Hihiii. Ni entry tertangguh ni. 

Inspirasi resepi dapat dari blog MasamManis ni tapi me is biasa lah kan. Perderhakaan sikit. Di adaptasi dari mee rebus Haji Wahid yang popular, tapi aku kan golongan so-so aja, takde daging guna lah udang dengan fish ball pengganti daging. 

Bahan ni buat untuk makan dalam 4 orang atau bersamaan 2 orang dua kali makan. Hahaaa! Dapatla dalam seperiuk. Jadi mohon u olls agak-agaklah guna sixth sense masing-masing. Heeee.

Bahan-Bahan Kuah.

Serbuk kari ayam/ikan/daging. Ikutlah. (nanti tambah air jadikan pes)
Cili giling
Gula melaka. Gula pasir pun boleh.
Serai
Bawang putih + bawang merah + halia + udang kering. Mesin (mangkuk hijau)
Ubi keledek direbus dan dimesin. (mangkuk merah) Tapi sedapnya keledek merah. Aku guna yang putih je. Kalau takde keledek, kentang pun boleh.
Taucu dibasuh dan ditapis airnya. Tumbuk.




Cara-caranya.

Tumiskan dengan sedikit minyak serai, cili dan bahan mesin bawang-bawangan tadi.
Masukkan pes kari.
Tumis hingga garing.
Tambahkan air untuk kuah secukupnya.
Masukkan taucu.
Masukkan keledek.
Aku masukkan udang dengan fish ball pulak time ni.
Perasakan dengan garam dan gula melaka.
Kacau dan kacau dan kacau sampai bosan dan insaf.
Siappp!

Dalam resepi Haji Wahid, ada buat kerupuk udangnya. Aku buat jugak. jadi tak jadi aku tak pasti la pulak sebab tak pernah makan mee rebus Haji Wahid. Hihii.

Bahan-Bahan Kerupuk Udang

Tepung gandum
Tepung beras
Telur
Udang kering
Garam
Serbuk kunyit. (Aku terbubuh banyak, patut sikit je buat pewarna)



Cara-caranya

Campurkan dengan air secukupnya macam adunan cekodok tu tapi tak terlalu likat supaya boleh dititiskan dalam minyak panas. Gituuuuu.


Jangan lupa bahan lain iaitu mee kuning yang dah dicelur, cili merah dihiris, telur rebus, bawang goreng dan sedikit hirisan daun sup.

Tadaaa!!



ps - Sekarang mood memasak tengah 'sleep mode'. Banyak membeli jer. Huhuuu.



Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang