Mimpi Buruk

Assalamualaikum.

Orang kata mimpi ni boleh jadi petanda. Sebab itu lah Nabi Yusuf AS Allah beri kelebihan mentafsir mimpi. Tapi kena tengok juga ciri-ciri mimpinya. Kalau dah mimpi di siang hari, tengahari buta, tido senja, memang elok sangatlah mimpi buruk. Tak reti nak bangun ke apa. Heee. Mainan tidur kata orang. Mainan syaitan.

Pagi tadi, lepas Subuh aku mimpi. Pada aku mimpi buruk ah.

Berjumpa dengan orang yang yang aku tak nak jumpa di alam nyata. Hahaaa! 

Apa tu, dendam ke?

Ntahlah. 

Bagi aku, bukan semua benda yang kita elakkan atau tak nak panjang-panjangkan membawa maksud benci atau dendam.

Contoh, orang ni berkali-kali ajak jumpa. Tapi kita seboleh-boleh tak nak.

Ada orang tu, berkali-kali request nak jadi friend kat Facebook. Tapi kita ignore dia. 

Tak dapat kawan di Facebook, dia request nak follow kita di Instagram. Pun kita ignore.

Bukan benci, bukan dendam.

Tapi kita nak jaga hubungan baik yang ada.

Lebih baik macam ni. 

Just like that.

We have nothing to say.

U just live your life, so with me.


Terima lah Nasi Goreng Ikan Garlic Spread. Gambar keluar dari tajuk. 


ps - Emosi sikit lately. Sampai termimpi-mimpi. Hihiii.




Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.