Cara-Cara Buka Buku Pink - Ngeh Ngeh Ngeh
Assalamualaikum!
Hahahaaa!
Hahahaaa!
Saja la nak cover pasal topik ni. Bukan apa, untuk rujukan di masa depannnnnnnn. Heeeee. 😁
Okay, walaupun anda hendak bersalin di hospital kerajaan mahupun swasta, adalah digalakkan untuk buka buku rekod kesihatan ibu ni (selalu orang panggil buku pink sebab warnanya pink).
Adakah anda tahu, jika anda bukan warganegara, segala proses yang anda lalui iaitu ambik urine test, blood test, scan perut, consultation doctor dan juga bekalan ubat adalah dianggarkan sebanyak RM100++ tauuu. Itu kalau buat di Klinik Kerajaan (KK). Kalau buat di hospital/klinik swasta, anda darabkan ajalah kosnya dengan setimpal berapa bintang hospital/klinik tersebut.
Bagi aku lah, rutin check up aku prefer buat di KK saja. Rekod dan laporannya tidak kurang terperincinya. Dapat pula lagi info dan nasihat daripada nurse yang ramah-tamah. (Serious okay!) Dannnn FREE of charge bagi warganegara. Ada orang tak nak check up kat KK sebab :
1) Banyak duit
2) Takde masa nak tunggu appointment
3) Nak pilih doktor
4) Tak nak minum air gula 😂
Ada sesetengah orang berduit yang bijak pandai, depa check up kat KK jer, sampailah nak bersalin depa pegi hospital swasta. Hihiii. Tapi kalau lagi bijak, bersalin jer hospital kerajaan, FREE LAGI. Hahahaaaa! Tapi masing-masing punya pilihan laa. Ada yang nak bersalin hospital swasta sebab nak pilih doktor perempuan dan sebagainya. Tapi rezeki aku bersalin Hospital Shah Alam hari tu, dapat doktor perempuan dari dalam wad sampailah bersalin. Alhamdulillah. Kena percaya itu semua adalah REZEKI.
Kenapa penting buka buku pink?
1. Rekod kesihatan ibu
2. Pantau perkembangan baby
Bila nak buka buku pink?
1. Bila dah sah mengandung (test sendiri atau pegi test di klinik swasta. Kalau buat UPT di KK, kena bayar okay)
2. Kandungan tidak lebih 12 minggu (Jika lebih dianggap 'late booking' - tak pasti apa kesan term ini)
3. Telefon KK terdekat untuk semak adakah anda berada di jajahan KK yang betul.
4. Telefon KK jajahan untuk buat appointment. Tak boleh main terjah je okay. Setiap KK berbeza hari appointmentnya bagi ibu mengandung, kanak-kanak dan warga emas.
Apa dokumen yang diperlukan?
1) Salinan sijil nikah (2 salinan)
2) IC ibu dan suami. (bawa salinan ic suami jika beliau tidak hadir sama)
3) Buku pink anak pertama - jika kehamilan kedua dan seterusnya
Tadaaa!
Selamat check up bagi ibu-ibu semuaaaaa!
Comments