Pengakhiran Yang Baik - Itu Yang Kita Nak.
Assalamualaikum.
Amacam tempat korang? Hujan tak? Kat sini sekarang tengah renyai-renyai. Dari malam tadi lagi dah hujan tak berenti.
Pagi tadi bila bangun, tengok baju kotor dalam bakul dah kosong. Dalam hati kata - Oh mesti suami dah basuhkan. Tapi mesti tak sidai nih. So, untuk kepastian, jenguk ampaian. Allahu..siap bersidai semuanya. Astaghfirullahalazim. Apa punya bini la asik bersangka buruk jer dengan suami. Huhuuu. Terus sedih mengenang diri yang selalu bersangka buruk kat suami di pagi buta ni sambil memotong bawang - buat bekal untuk anak.
Dalam hati berdoa, semoga Allah ampunkan dosa sendiri, dosa suami, beri suami kelapangan hati, permudahkan urusannya dan dimurahkan rezekinya. Aamiin. Pegi jenguk bilik pulak. Kemain berpeluk tido anak dengan bapaknya. Bapaknya tu bukan boleh percaya sangat bab tido. Tido mati. Betulkan kedudukan anak yang terhimpit dek lengan sado bapaknya. Hari ni suami kata dia kerja lambat. So, biar jer dia tido. Malam tadi pun dah balik lambat. Tak sedar pukul berapa. Tahu-tahu dibangunkannya anak dan diorang main kat luar. Aku memang dah ngantuk sangat. Penangan pegi gym kelmarin, sakit-sakit uratnya baru terasa. Padahal, banyaknya duduk atas kerusi Ogawa. Heeee.
Hari ni menu bekal anak ialah Nasi Goreng Butter dengan Apple Cider Chicken. Kemainnn tak nak kalah mak kau. Sebenarnya dah buntu nak bekalkan apa. Kat rumah babysitter pun anak makan juga, tapi saja nak bekal air tangan kat anak. Nak biasakan maknya supaya tak malas kemudian hari. Hihiiii.
Bukak pulak peti ais. Tersentuh hati lagi. Suami bawa balik burger. Mesti dia balik semalam bajet bini belum tido. Takpe, Sayang. Nanti akan kubalun juga burger tu. Terasa diri ni bertuah sangat. Allah pinjamkan suami yang tinggi sabar dan pemurah. Huhuuu.
Dalam hidup kita ni, kita kena ingat. Awalnya kita mungkin seorang anak yang baik dan taat pada ibubapa. Tapi jika Allah nak uji, waktu kita menjaga Mak/Ayah yang sakit, kita tanpa sedar telah melukakan hati mereka. Tanpa sedar atau dengan sedar, kita berubah jadi anak yang mengabaikan hati dan perasaan mereka. Hingga di hayat mereka rupanya kita telah meninggalkan parut pada hati mereka.
Juga mungkin hari ini kita berasa kitalah isteri yang paling sempurna. Paling bertimbangrasa dan paling sabar dalam mengurus rumahtangga. Rupanya tanpa kita sedar, semua bakti kita tidak mendapat berkat kerana kita tidak ikhlas! Kita asyik merungut, kita marah anak dan suami walaupun hanya dalam hati.
Syurga tu mahal harganya. Bukan mudah nak susuri jalan menuju syurga. Lantas yang kita perlukan adalah doa. Sentiasa berdoa dalam sujud kita kepada Allah SWT. Dalam pada kita sedang tersenyum menikmati segala yang indah dan bahagia yang Allah kurniakan, jangan jemu berdoa. Buangkan sifat dendam dalam hati. Berhenti mencari salah dan kekurangan orang lain melainkan diri sendiri.
Dalam sujudmu kawan-kawan, jangan pernah tinggal doa ini :
Ya Allah,
Matikan aku dalam khusnul khotimah;
Berikan aku kesempatan taubat sebelum wafat; dan
Tetapkan hatiku kepada agama Islam.
Comments
Sama-sama kita ingat-mengingatkan.