Kenangan Umrah - Selipar

Post ni tersimpan dalam draft. Masa bulan puasa kot ni aku mengarangnya. Bukti aku ada jer niat nak tulis tapi semua terkandas di tepi jalan. Heeee. Ni aku sambung ye...
========================================================================

Assalamualaikum.

Apa kabar? Hari ni aku sakit rahang. Nak buka mulut pun tak boleh luas. Jadinya, sahur tadi aku mampu minum air jer. Huhuuu. Harap-harap bertahanlah.

Tadi dapat panggilan telefon dari seorang kakak yang sangat baik hati. Rupanya dia baru balik dari umrah. Patutlah lama tak dengar khabar berita.  Untungnya dia dapat buat umrah dengan Mak dan suami.

Bila sembang-sembang pasal umrah tu, teringat macam-macam kenangan aku dan Mak pergi umrah tahun 2009 dulu. Memang banyak benda yang berlaku cuma tak terluah ja di blog ni. Insyaallah akan aku kongsikan sikit-sikit untuk semua. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, ok.

Ni cerita masa aku mula-mula sampai Mekah. 

Masa kami tiba kat hotel, dekat pintu masuk tu ada 2-3 budak lelaki tunjuk-tunjuk karung kain dan plastik. Bila aku nak lalu, ditahannya dan cakap bahasa Arab yang aku tak faham. Dalam hati aku kata, apahal bebudak ni, tepi lah. Gitu.

Lepas kitorang check-in bilik, mutawwif suruh kumpul kat lobby sebab nak berjalan ke Masjidil Haram. Masa tu tak berapa ramai orang lagi. Sampai je di masjid, airmata dah berlinangan dah..sempat tengok-tengok keliling dalam pada tu terkejar-kejar mutawwif. Sampai di pintu masjid (tak ingat masuk ikut pintu mana) bukak selipar dan letak kat sudut. Selipar aku dan Mak. Masa tu tak fikir apa terus masuk dan bila nampak Kaabah buat pertama kali, lemah lutut segala.....huhuuuu.

Masa tu Mak terdiam berdiri menangis teresak-esak. Sampai aku pujuk barulah dia berjalan semula. Rasanya setiap orang yang pertama kali sampai mesti akan ada perasaan yang sama. Terasa diri ni kerdil lagi hina namun kasih sayang dan ihsan Allah tu tersangat agung. Kita yang hina ni, diizinkannya memijak tanah haram. :(

Kami buat umrah yang pertama malam tu (dah bermiqat di Tanaim sebelum sampai) dalam keadaan serba kekurangan (semoga Allah terima).

Lewat malam jugak baru aku dan Mak bergerak balik ke hotel. Sampai depan pintu aku carik selipar aku dengan Mak dekat tempat aku letak tadi. Zass! Zass! (Sound effect kepala toleh kiri, toleh kanan laju-laju) Mana selipar? Ceruk tepi pintu tu clear habis. Takde sepasang selipar pun. Aku tengok pulak atas rak kasut tepi pintu. Takde selipar aku! Dah la aku baru beli selipar tu (ralat sebab mahal. Keh keh keh) Puas mencari akhirnya aku redhooo.

Baliklah aku dengan mak berkaki ayam pakai stokin aja. Sedihnya aku waktu tu sebab kesiankan Mak yang takde selipar. Nak berjalan tu agak jauh juga lah, merentas kedai-kedai. Pertengahan jalan aku bagi stokin aku pada Mak supaya tebal sikit. Mak senyum aja. Tak marah pun.

Sampai depan hotel, tiba-tiba ada hamba Allah (perempuan berniqab) ni hulur karung kain warna putih. Aku terus zasss! Terpana u olls. Terus rewind kejadian sebelum tu yang mana dengan keangkuhan dan sangka buruk aku menolak pemberian budak lelaki depan hotel. Aku senyum dan ambik karung kain dari tangan dia dan cakap "Syukran". Perempuan tu terus pegi.

Mak tanya, 'Apa tu?' aku pun jawab 'Ntahla Mak.' Sampai bilik, berceritalah kitorang perihal selipar hilang pada kawan sejemaah. Bantai gelak-gelak depa sambil makan nasik ayam mandhi. Diorang pun ceritalah pasal simpan kasut dalam karung kain dan bawak masuk masjid, bla-bla. Ye lah, orang pertama kali datang, mana nak tau kan.

Esoknya aku pandai dah guna karung kain tu. Tiap kali sampai masjid, aku jaga selipar Mak dan kawan-kawannya. Itu lah karung kain yang aku guna sampai habis umrah. Hari terakhir kat Mekah, aku buat benda yang sama pada karung kain tu. Aku pass over kepada jemaah yang baru sampai. Cuma aku improvise sikit dengan promote "Kak, nak karung simpan selipar kak. Kami nak balik dah.'

Ya Allah, izinkan aku sekali lagi menjejaki tanah haramMu sebelum menutup mata. Izinkan suamiku, zuriatku, ahli keluargaku dan rakan-rakanku hadir ke tanah suciMu.

Aamiin.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang