Posts

UTC Melaka

Image
Assalamualaikum. UTC...UTC..Pusat Pelbagai Perkhidmatannnnnn...hahahaaa!! Pernah dengar tak? Kalau tak pernah memang peghak la korang ni..hahaaa! UTC ni tak semua tempat ada. Kalau tak silap aku setakat ni baru ada UTC Kuala Lumpur, Sentul, KL, Melaka, Perak, Kedah, Sabah dan Pahang. Pertama kali aku pegi UTC Melaka sebab nak renew lesen dan tukar IC baru. Landmark dia, sebelah Stadium Hang Tuah. Dekat-dekat dengan kampus UTEM. Untuk dua urusan ni dalam 2 jam lebih jer settle. Memang puas hati. Hassle-free. Ambik nombor dan tunggu saja. Tak ada nak isi borang ke apa.  Untuk tukar IC, gambar pun dia snap dekat kaunter tu jugak. Nanti lepas 2 jam datang semula kutip IC baru. Sementara nak tunggu tu boleh pegi makan pizza ke apa. So takde la terasa sangat membuang masa. Kalau kat UTC Melaka, sementara menunggu boleh pegi Jusco. Hehehh.  Untuk renew lesen, sekejap aja. Ambik nombor, bila sampai giliran, bayar dan tunggu kejap. Tapi masa ni aku buat lesen yang bias...

Tips - Buah Tangan Untuk Emak-Emak.

Image
Assalamualaikum. Bukan main girang Mak aku dapat buah tangan. Ada sehelai kain batik. Ada sebotol cencalok. Ada belacan. Ada dodol. Ada gula melaka. Aku sendiri tak terfikir nak bagi gula melaka. Aku tak puas hati betul. Hahaaaa! Aku rasa itu pilihan yang ganjil sebagai buah tangan. Tapi Mak aku bermati-matian paling suka dapat gula melaka. Dalam hati, aku lega. Agaknya Mak suka dia. Alhamdulillah. Gambar takde kena-mengena. Comel beno.

Day 10

Image
Assalamualaikum. A photo of the item you last purchased. Gitu kata dia. Heeeee. Ini aku beli dekat Daiso Setia City Mall minggu lepas. Memperkenalkan...pengasah pisau. Belum cuba, belum tahu. Ini dia...pelenyek bawang putih. Motif? Apalagi...pemalas lah ni. Hahaa! Feeling nak start berbento. Ini paper craft cutter. Boleh guna untuk seaweed juga. Tapi aku dah try dah, tumpul. Cis. Tool bento jugak. Vege cutter. Feeling nak makan carrot bunga-bunga. Amboiiii. Kemain lagi. Ni Egg Frame.  Tu diaaa. Alat senaman ok. Getah regangan (skema sungguh aku) Tapi apakah maknanya itu jika ia masih dalam plastik? Hahahaaa!

My Day 9

Image
Assalamualaikum! Dulu-dulu masa blogging ni baru nak naik, banyak orang tulis entry gaya 30 days challenge. Alah, tulis ikut tajuk,  ikut hari. Rupanya aku punya semangat tulis entry by challenge ni terhenti tahap Day-8 jer..Hahaaa! Giler pemalas. Entry tu pasal gambar favourite aku. Kat sini. Sekali tu tengok apakah tajuk My Day 9? Mak aihhhhhhhh! Tu diaaa! Tu diaaa!! Your Dream Wedding kata dia....hahahaaaa! Entahlah, aku tak ada dream wedding yang spesifik. Aku cuma harap begini. Pengantin lelaki tu bila aku pandang dia, aku pasti dia adalah orang yang aku sayang dan aku hendak hidup bersama dia di dunia dan akhirat. Masa aku pakai baju pengantin, berat aku ialah lingkungan 65kg - 68kg sahaja. Hahaaa! Aku tak terlepas menjemput kawan-kawan sejak tabika KEMAS, SRK Jalan Bomba, SMK Dato' Harun, UiTM Shah Alam, PALAPES, KD Sri Klang, MN Associates, Zahiriah & Co, MAIS dan seterusnya UiTM Melaka. Eh? Ada yang tertinggal tak? Majlis kahwin aku adalah majlis r...

Cracker Cheese Cake - Minum Petang.

Image
Assalamualaikum! Sejak akhir-akhir ni, aku teruja memasak. Tapi yang senang-senang aja lah.. Kalau ada resepi yang tak perlu kan aku ke dapur, lagi semangat aku nak cuba. Hahaaaa! Lempang kang. Kategori dessert atau menu minum petang yang aku tau ialah cekodok dan lempeng sahaja. Selepas tu, aku ada buat triffle sekali dua. Resepi aku campur-campur sumber dari internet. Dan baru-baru ni aku ada buat cheese cake resepi dari blog Namee Roslan . Menjadi la jugak. Dengar cerita, siap ditapau oleh Mak Mentua kakak aku. Kembang hidung sekejapan. Heee.  Semalam masa sibuk lagha kat FB, keluar newsfeed pasal resepi Cracker Cheese Cake. Sebenarnya aku ni tidaklah hantu cheese sangat. Tapi aku suka masak benda yang senang-senang. Sekali tengok bahan dan cara buatnya macam kekacangan jer. So, aku pun google lah resepi dia. Memang banyak versi. So dah pasti versi terkacang dan terjimat menjadi pilihan aku. So pemenangnya ialah resepi dari Cik Epal Yang Semakin Kurus Nih.  ...

Malam Pertama Aku.

Image
Assalamualaikum! Tajuk bajet nak cari traffic. Hahaaa! Padan muka. Aku nak cerita pasal malam pertama aku kat hospital laa. Pertama kali dalam hidup aku tidur hospital sebab diri sendiri sakit kalau tak silap aku tahun 2006. (Dah tua bangka aku time tu. Alhamdulillah.) Sebab admitted ialah kerana demam denggi. Sebenarnya aku tak sedar pun aku demam denggi. Tiga, empat hari sebelum aku admitted wad, aku demam teruk. Demam yang kepala berat, urat-urat sakit, sendi sakit. Sejuk menggigil-gigil. Tapi demam tu satu malam jer. Lepas telan Uphamol dengan Panadol bagai, esoknya aku sihat walafiat. Lepas 3, 4 hari tu ada naik bintik-bintik kat tangan aku. Tak rasa gatal ke apa. Tu pun CC kat opis aku yang tegur. Ni napa ni tangan ni bintik-bintik. Ditekan-tekannya tangan aku, bintik tu jenis bawah kulit. CC tu diagnosed aku denggi. Haaaaa. Hebat tak ketua kerani opis aku time tu..Hahaaa! Sebab dia berpengalaman la kot..dah bersara dah CC tu..memang baik dia..siap dia arahkan driver...

Mencari Ramli.

Image
Assalamualaikum. Ramli mana pulak yang aku cari. Hahaa! Setahu aku Mencari Ramli ni dah jumpa pun Ramli dia. Ni ulangan la ni dok tayang. Sekali tu Akim AF ni tanyala apa kriteria 'Ramli'. Lawak jugak bila ada yang jawab : 'Ramli tu mesti lah berbadan gempal dan tinggi. Dan yang paling penting hensem.' Lahaiii. Ini macam, sampai bila-bila pun bola sepak negara ni tak berkembang. Apa Ronaldinho tu hensem bangat ke? (Aku bukan mengutuk yer. Dia hensem apa, tapi bangat ke? Ke? Hahah!) Tu Piya player Kelantan tu tinggi bebeno ke dia? Rendang dan kecik molek jer aku tengok dalam tivi. Banyak kriteria pemain bola sepak yang berjaya ni. Macam-macam aspek. Aku rasa yang utama ialah skil. Beckham tu dapat skil dia sebab main bola sejak dari kecik. Practice make perfect gitu. Lepas tu disiplin. Disiplin berlatih, disiplin kecergasan, disiplin makan, rehat, tido, tak ambik dadah, dengar cakap coach.  Ah malas la aku nak cakap pasal ni lagi. Aku bukan tau sangat ...