setengah berisi setengah kosong?

Assalamualaikum!

***flashback***

Aku berdiri di tengah stage..berdesing mikropon bila aku hela nafas kuar..puan onah memerhatikan aku..aku tak boleh cam puluhan pasang mata yang lain..aku nampak hidung diorang..bibir diorang..ada yg jelir2 lidah..ada yg buat memek2 muka supaya aku tak boleh kawal diri..aku paut jari2 tangan aku..tapak tangan aku dah berpeluh..

Aku : Sebelum saya membawa tuan2 dan puan2 pergi ke satu dimensi yang lebi h jauh, saya mohon semua di dalam dewan ini pejam mata..tuan2 tarik nafas dalam2..dan hembus...
(semua orang bagi kerjasama..semua tutup mata..semua rilekkan badan..ada yang sengih2 sambil mata tertutup..semua tunjuk sikap patuh amanah dan fatonah..)

Diorang : Hpphhhh...fusssssss....(beramai-ramai)

Aku : Jangan buka mata lagi..cuba bayangkan tuan2 berada di meja makan rumah tuan2 sendiri..bayangkan di atas meja tu kosong..cuma ada sebijik gelas kosong dan sebotol air sirap..

Suara campur2 : Makanan tak ada ke? Boleh tukar air lain tak? Bini tak boleh ada ke?

Aku : Sekarang tuan2 ambik botol air sirap tu dan tuang dalam gelas..psshhhhhh (aku buat bunyi tuang air)
Ops! Jangan tuang sampai penuh, tuang setengah gelas ja..dan hulurkan gelas tuan2 kepada saya..semua buat action hulur gelas pada aku..okey sekarang boleh bukak mata..

Semua orang bukak mata..ada yang gosok2 mata..konon2 mata berpinar..

Aku : Gelas tadi ada di tangan saya..(aku action pegang gelas pulak..) apa yang tuan2 nampak? Gelas ini setengah berisi atau setengah kosong?

What say you? =)

(psst..aku baru habis baca buku nih beberapa hari yg lalu..sangat lama ya nak khatam..beli pun time patah hati tahun lepas..hahaaaa!! tu belum lagi buku john gray venus mars kejadah yg aku beli 2 tahun lps pun tak habis baca..patutlah asik broken heart jer! muahahaaaa!! buku ni buku motivasi mengenai bagaimana kita menangani dan mentafsir persepsi positif di dalam hidup kita..mmg baik..p la kedai buku yg berdekatan sementara stok masih ada..thumbs up!)

Comments

aza azita amru said…
kata saya, teh o ais limau lagi sedap...hehehhehe..
..nOWa.. said…
ya..separuh aku separuh kau..

Popular posts from this blog

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.

Permata Yang Hilang Dan Kamasutra.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir