Polis Jahat?

Assalamualaikum

Sekarang semua orang sedang mempersoalkan tindakan polis yang menembak kereta yang didakwa dipandu Allahyarham Adik Aminulrasyid yang menyebabkan arwah terbunuh kerana salah satu tembakan tersebut mengenai belakang kepalanya.

Memang sedih mengenangkan kejadian mengorbankan nyawa tersebut berlaku dalam negara kita dan ianya terjadi tidak berapa jauh dari rumah aku..dekat facebook dah wujud fanpage 'kami benci kekejaman polis malaysia' yang mengecam tindakan polis dan banyak juga kata2 yang menghentam, menghina, mencaci, menyalahkan dan pelbagai men men lagi yang berunsur tidak puas hati dengan tindakan polis..

Pada aku, serahkanlah kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat perkara ini dengan telus dan seadil-adilnya..dan hentikanlah untuk membuat spekulasi tentang arwah dan juga polis..kasihankan keluarga arwah dan keluarga polis-polis ini..

ps* bukan tidak ada polis yang dilanggar lari waktu bertugas, dirempuh waktu sekatan jalanraya hingga koma, ditembak dan ditikam mati bila bergelut dengan penjenayah..apa pula nasib isteri dan anak2 anggota polis ini? Siapakah yang membela? Atau mereka memang dilahirkan untuk mati di tangan orang baik dan orang jahat?

Comments

Hunny said…
salam Nowa,

Biasa lah.. orang baik kalau sekali buat salah, susah nak diampun... orang akan ingat sampai bila2.. tapi, jasa2 diorang selama ni tak pernah pun orang ambik tau..
ana said…
biar la pihak yang bertangungjawab siasat..kita sbg org awam tak sepatutnya mengulas @ memberi pandangan mengikut emosi...jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga!

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.