Perginya Seorang Yang Amanah.

Assalamualaikum.

Al- Fatihah.

MAKKAH: Penjaga kunci Baitullah, Sheikh Abdul- aziz Al-Sheibi, 82, meninggal dunia lewat kelmarin. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Maalla selepas disembahyangkan di Masjidil Haram. Keluarga Al-Sheibi menjadi penjaga kunci Kaabah sejak zaman jahiliah lagi.

Ia diwarisi anggota tertua dalam keluarga itu dan tidak diturunkan daripada bapa kepada anak. Faktor usia menjadi asas utama dalam mewarisi tugas itu. Semua pemerintah Islam menghormati keluarga Sheikh Abdulaziz sebagai penjaga Kaabah dan kunci rumah Allah itu.

Keluarga Al-Sheibi mempunyai pertalian darah dengan Sheiba bin Othman Abitalha yang hidup ketika zaman Nabi Muhammad (SAW) Mereka memegang jawatan berkenaan sejak zaman Qusay bin Kilab yang hidup sebelum Rasulullah (SAW). Sheikh Abdulaziz pula memegang jawatan itu sejak 16 tahun lalu. Terdapat 370 orang dalam keluarga Al-Sheibi ketika ini dan kebanyakan mereka tinggal di Makkah.

Baitullah dicuci dua kali setahun iaitu pada pertengahan Syaaban dan pertengahan Zulqaedah, menggunakan air zamzam yang dicampur dengan air mawar bersama haruman Oud.

Sebelum ini, Kaabah dibuka tiga kali sebulan untuk orang ramai bersolat di dalamnya tetapi amalan itu dihentikan apabila terlalu ramai yang cuba memasukinya. Kunci Kaabah tidak berubah apabila pintunya ditukar, termasuk pintu yang terbaru, yang diperbuat daripada emas tulen. - sumber Berita Harian

*ps - Hanya keturunan Bani Syaibah sahaja yang boleh membuka pintu Kaabah.

Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”


Kunci Kaabah

Comments

syafiqa said…
ohh..baru tahu semua ni.
thnx bagitahu
ana said…
tu bukan yg asal kan...yg asal ari tu nak dilelong rasanya...tak tau sape beli. harap2 negara Islam yg beli sbb ada pakatan sesama negara Islam utk beli bg elak dr jatuh kat tgn kafir.
..nOWa.. said…
iqa + sharinginfo + azza = sharing is caring..
kak ana = kunci ni ada byk versi, yg ini yg sekarang punya versi kalau tak silap..dibuat dari emas juga..

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang