Terkenang Masa Dulu2..Terjun, Nak Lemas, Nasib Tak Mati..

Assalamualaikum!

Aku pernah nak lemas, bukan dah lemas, dan bukan kat laut tapi kat pool. Aku sebenarnya boleh berenang, tapi kat tempat yang aku boleh berdiri ja (ego taknak cakap kat tempat cetek). Kalau aku gapai2 kaki aku tak jejak simen pool atau tanah mula la aku menggelipit macam ada air berpusar kat bawah macam nak sedut aku padahal takder pun.

Tapi aku rasa sebab utama aku penakut berenang kat tempat dalam ialah kerana aku tak pandai terapung. Budak lelaki selalu kata  aku sepatutnya boleh terapung sendiri sebab ada pelampung semulajadi depan dan belakang. Tapi itu mitos.

1999, Pool USM, Pulau Pinang.

PTI : Haa, kau boleh berenang kan?

AKU : Sikit2, PTI! Tak boleh tempat dalam ni PTI...(muka sedih)

PTI : Habes ko ingat laut tu cetek? Dah, mai sini, masuk grup 'kayu' dengan kawan2 kau ni. Dalam kiraan 20, PTI nak semua sekali berenang ke sana. Kalau PTI sampai dulu, siap korang! Korang starjump semua sekali dalam air sampai mamfus. Faham?

SEMUA : PTI!

PTI : Okay, 1...2...pritttttttt!!

Aku struggle time tu. Aku berenang gaya katak, tangan kuak kaki pun kuak. Memang tak berapa nak pegi la berbanding yang bikin gaya bebas. Aku tenang. Sampai lah tiba2 ada contestant yang potong aku dekat sebelah kanan. Nak kata gaya bebas pun tidak gaya katak pun tidak. Dia lebih ke arah menepuk air.

Kecebush! Kecebush! Air aku berombak besar. Bila aku nak amik udara jer, percikan skala besar menerpa muka aku. Aku dapat curi nafas sikit. Kali kedua, sama gak dibuatnya. Sialan..Kali ketiga aku tak sempat curi nafas. Aku hilang tempo. Mana satu nak kuak dulu.

Aku cuma tersedar bila PTI tarik aku ke tebing kolam. Bagi aku pelampung leper tu. Semua orang kerumun.

PTI : Yang kau ni, menggelabah pasaipaaaaaa!! Dah, pi sana! Masuk grup batuuu!!

Aku tersipu malu. Berenang2 ke tepian mendekati sekumpulan member lain yang sedang memaut tangan di tebing kolam dengan kaki yang menguak2 umpama katak. Tersengeh2 memandang aku. 

ps * aku masih tak boleh terapung. Heheh. 

.:i can smell the sea:.

Comments

ana said…
hahahaha...takpe, nnti lama2 pandai la tu. konpius jap..mcm mana navy takleh berenang nie? :)
Hunny said…
sudahlaaa.. sajer buat gimik nak lemas.. mentang2 ada mamat PTI tu nak selamatkan.. Citer wayang betoll!!
..nOWa.. said…
kak ana - saya sorang jer tak bleh berenang kat tempat dalam sebab tu la tersangkut kat batu jer sampai sekarang..hahahaa!!

cuk hani - ini betul2 taw bukan cobaan..hahahaaa!!
sueana said…
hahaha.. ces nora mengimbau kenangan.. sape PTI masa tu haha... ko duk tanjung mcm man teror berenag plak... isk isk isk nasib tak matii.. aku sampai sekarang katak pun tak lepas... ngeee
..nOWa.. said…
hahahaaa!! sue ko masa tu dah sedia ada kat grup batu...

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang