SMS Paling Tahi Di Abad Ini..
Assalamualaikum!
Hari ini hari Ahad. Indah.
Bangun pun lambat. Dengar bunyi burung berkicau. Bukan berkicau tapi memaki kot sebab diorang dah makan berekor2 cacing aku masak sarapan pun belum.
Aku meraba2 bawah bantal mencari hanfon. Jumpa. Ada lambang sampul surat. Bermakna SMS masuk. Ada tak hanfon selain gambar sampul surat? Gambar peti surat, mungkin. Oh, melalut.
Hati aku dah berbunga riang. Mungkinkah SMS dari si dia yang ditunggu2 setelah sekian lamanya keypad hanfonnya rosak (katanya) dan hanya boleh menaip huruf 'K' sahaja?
'U dah makan?' jawabnya 'K'.
'Kerja ke tak hari ni? jawapannya 'K'
'Boringla macam ni' jawapnya 'K'
'Eii, tensionlaaa..nak terjun bangunanlah macam ni..' teka apa jawabnya? Yess!! 'K'
Hahahaaa!! Ehhh, melalut lagi.
Sambung balik, cari hanfon dan terima SMS. Aku pun tekan butang 'Open'. Begini katanya :
From : +6285298318204
'Tolong bagi cedit 30RM ke nom baru ayah 0128011374. Ayah lgi ada masalah kat balai Police. Ta payah caal sekejap ayah call'
Tahi! Tahi! Tahi!
Ayah aku dah meninggal lah bodoh.
Bikin hari aku suwey saja. Nak scam orang pun sila ambik kira sensitiviti sikit.
Aku harap orang yang send SMS aku ni berbau tahi sampai mati.....kejamkah aku?
Aku google gambar tahi, ada..tapi jijik pulak. Lagipun aku taknak blog aku ni berbau tahi..sopan kan, aku?
Comments
sue - kau sabar jer la yer..hahaha!
anon - sakit hati kan? saja je nak scam org..ikutkan hati nak jer balas 'bila masa ko jadi bapak akuuu!!' tapi malas la, takut lain plak dibuatnya..so, ignore jer benda2 scam ni..
PKH - time tu, aku tenang jer ..ececehhh haha!