Posts

Showing posts from December, 2010

Tahun Baru. Perangai Lama.

Image
Assalamualaikum. Tak usah meletakkan azam yang terlalu tinggi setiap kali tahun baru. Azam bukan tiap hujung tahun, patut ada keinginan nak buat sesuatu yang lebih baik setiap hari. Ok lah, kalau nak ada azam tiap hujung tahun pun boleh juga. Dengan syarat kena betul2 buat dan amalkan. Azam aku tahun lepas nak datang opis ontime atau awal sikit. Aku anggap azam tahun 2010 tu berjaya. Aku bagi 90/100 markah. Sebab ada juga aku terlewat datang seminit dua. Tahun ni azam kecik aku, rahsia. Merbahaya nak dedahkan. Takut terkena sabotaj. Haha. Azam besar aku dah illustratekan. Wish me luck. Fasa 1 Fasa 2 Fasa Akhir ps - Tahun 2010 : tahun meninggalkan dan ditinggalkan. Hmmphh. 

Pekerjaan Yang Mencederakan.

Image
Assalamualaikum. Malam ni secara tak sengaja aku tertengok tivi cerita Cina (walaupun cerita Hongkong nak refer as Cina jugak, tak dulik) Flashpoint tajuk dia. Pesen suka tengok cerita Cina ni dah lama sangat aku tinggalkan. Time kemuncak suka layan cerita Cina ni masa aku Form 1 sampai Form 5 dulu dulu. Balik sekolah tido, tepat pukul 5 bangun, on tivi cerita Cina. Dulu2 tivi satu rumah ada satu jer. Mana ada macam mak apak zaman sekarang, satu tivi dalam bilik, satu tivi kat family hall satu tivi kat atas. Tak payah berebut chanel katanya. Bila aku dapat tivi ja abis semua bengang, confirm tak tukar channel lain. Tapi time tu pelik gak, takde pulak kakak/adik aku rebut2 ngan aku. Macam redha jer kalau aku dah tertonggok depan tivi. Paling kuat pun ngadu kat mak. Aku pun lupa macam mana reaksi aku kalau ada orang kalih cerita lain. Pukul kot? Hahahaa. Kira dengan amannya lah  aku dapat tengok cerita Cina dari pukul 5 sampai 6. Cerita bersiri. Antara yang aku ingat cerita The Go...

ASK 2010 - Alien Dah Turun Ke Bumi.

Image
Assalamualaikum. Aku selalu bagitau kat budak opis aku aku mencik tengok program Bintang Kecil  ke Idola Kecil ke hapa tah namanya. Memangla budak2 tu comel sebab pandai nyanyi tapi aku tak suka budak yang over. Ye la, suara belum pecah tapi beria nak nyanyi bagus2 siap falsetto vibrato ngan gaya2 mimik muka sekali. Tu belum ngan terjoget2 dengan baju pandai seksi2. Kalau adik aku dah lama aku sekeh. Ko tu patut duduk kat rumah tengok Chibi Maruku Chan ke, atromen brothers ke. Just enjoy your childhood time, dik. Mak apak dia la punca segala2nya. Tak kira aku nak salahkan mak apak dia gak. Haa, puas hati aku. Ni baru kemarahan permulaan. Ni Anugerah Skrin lagi satu aku nak marah. Aku tengok cerita tu kat tivi sekerat ja time Saheizy Sam menang pastu tiba2 cerita Muallaf menang. Aku tak paham kenapa Sharifah Amani nak bagi ucapan dramatik sangat. Nak nangis tak nangis, senang cakap jangan over boleh? Pastu yang tak faham jugak, dari dulu kalau anugerah drama atau filem menan...

Every Song Has Its Own Melody..

Image
Assalamualaikum! Introducing an adorable and funniest persons in my family.. (betoi ke dak ni grammar nih, police tatabahasa , sila semak. Lariii!) Mohamad Syafiq Aiman Tahun depan darjah 1. Ini abang kepada yang dibawah2 semua. Cita-cita doktor sebab nak ubatkan ibu dia. Bijak, cepat belajar. Diam, suka buat hal sendiri. Kaki tivi. Tapi ada sikit kepala angin. Kalau adik dia buat dia sakit hati, dia akan kejar sampai dapat, nak revenge. Siap cakap, adik buat Apit, Apit buat la dia balik. Amboih, timbal balas punya sistem. Ni ikut perangai sapa  ni? Perangai mak dia kot..hahahaa. Lariiikk! Mohamad Haziq Muazeem. Cita-cita polis dan doktor. Tak boleh pilih, mesti nak jadi dua-dua. Ini, kalau merajuk, sapa yang buat ja yang kena pujuk. Orang lain pujuk tak nak. Mengada. Dia punya pelat tahap melampau memandangkan umurnya dah 5 tahun. Berikut contoh perbualan dan terjemahan. Haziq : Apit, nah amik ni butu. Maksud : Apit, nah amik ni buku. Haziq : Butannnn..butannnn!! ...

Masih Hidup, Masih Ada.

Assalamualaikum. Aku, Masih hidup, masih ada, Ada di sini. Bukan di sisi kamu, Bukan di tepi tingkap, Bukan di bawah katil, (time ni lagu background bunyi burung hantu uu uuuuuuuu') Tidak kah kamu, Nampak aku dengan jelas? Jawab sendiri, jangan berbicara dengan aku. Aku mungkin jauh. Atau kamu yang semakin menjauh? Tapi aku perlukan kamu. Biarpun aku tahu, Kamu tidak ada di depan aku. Tahu kah kamu? Mengapa sisihkan aku? ps * i call your name outloud. But do you hear me? ps *  bukan semua orang kejam.

Dapur Terbakar #3

Image
Assalamualaikum. Menu hari ini ala barat la konon tapi di modified dengan sentuhan kampung oleh aku. Apa kabo orang kampung? Heheh. Memperkenalkan....... Tadaaaa!!! Kentang puterrrrr dengan gravy baba black hot chili pepperrr Apaaa? Nampak tak sedappp? Tak sedap, sudah! Jangan mintak, boleh blah. Haha.

Ada Apa Dengan Anon?

Image
Assalamualaikum. Dulu masa mula2 buat blog aku tak in sangat dunia blogging. Tak paham pun bahawa dengan blogging boleh buat duit dan boleh buat kawan. Tu belum term2 dalam blogging macam traffic jam, anony mouse, annoying, follower, leader, MLM dan apa2 je lah. Mungkin sebab blog aku ni ala2 suram jer macam tak bayar bil letrik maka aku tak ada masalah sangat dengan anon2 nih. Berapa sangat la anon yang kemaruk blog aku? Hampir takde. Haha. Nasib baik aku tak kisah. Sebab aku ni pemalu orangnya, pegi blog orang, baca, senyum, gelak, angguk kepala, sumpah sikit, pastu blah macam tu aja. Silent reader katanya. Nak kata yang aku ni memang hobi membaca, comment pada entry pun aku baca walaupun aku tak drop comment kat situ. Ni baru ciri pembaca sejati. Tapi aku tak faham kenapa blogger jaki bila yang drop comment tu anon? Ikut kajian aku (macam uncleseekers plak nak kaji2) kalau comment anon tu neutral takde hal, tapi kalau anon tu kutuk atau bagi nasihat, mula blogger me...

Dapur Orang Lain Yang Terbakar #1

Image
Assalamualaikum. Ini slot baru. Selalu dapur aku yang terbakar. Eh. Silap. Dapur aku jarang2 terbakar sebenarnya. Saja ja aku eksyen. Haha. Hari ni satu hari aku mengikut my sis, in-law dan emak jalan2 sempena hari Sabtu? Ek? Apa2 ja lah. Kami gerak dari Putra Heights pukul 9 pagi. Tak ada rancangan yang terperinci pun. Tetiba in-law cakap apa kata makan tauhu bakar. Destinasi pertama ialah Semenyih. Rare kan? Semata2 nak makan tauhu bakar. Macam mana nak pergi sana, jangan tanya ratu sesat seperti aku. Land mark dia kedai tu depan sekolah cina. Kot? Iya kot. Dekat sana kami orang makan tauhu bakar dengan cucur udang. Ada jugak nasi ayam. Tapi seperti yang aku nyatakan tadi, kami makan tauhu bakar dengan cucur udang. Nasi ayam tu power ke tak jangan tanya aku. Aku tak tauhu. Eh, tahu. Katanya, tauhu ni terkenal sebab tokey dia buat sendiri. Memang lembut dan sedaplah pada aku. Sambal dia pun sedap. Lepas makan terus emak nak buat tauhu sendiri. Terima kasih google. Ini g...

Hari Aku Dengan Semut.

Image
Assalamualaikum! Aku berdiri di situ. Microphone berdiri di depan. Microphone yang berbalut sponge hitam. Tahu? Kalau tak berbalut, isinya besi, solid. Tapi kalau berbalut, nampak macam pemukul gendang, bulat. Aku ada persepsi buruk pada mic itu. Seolah2 ia akan mensabotaj aku seperti mana aku selalu disabotaj tanpa sedar. Aku tolak butang on. Bergema. Dan aku pun bersuara.. Bla bla bla.. . . . . . IKHLAS TU UMPAMA SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI MALAM YANG GELAP. Ikhlas itu hak Allah. Siapalah kita hendak menentukan ikhlas atau tidaknya seseorang? Wallahualam. Hari itu berlalu sangat perlahan. Ayat semut diperkatakan. Ada yang sangka aku bermadah. Tidak, kawan. Aku bukan bermadah. Itu adalah sepotong hadis. Indah bukan? Mungkin aku dibayangi dengan personaliti ranggi maka agak sukar mempercayai aku mengingati sepotong hadis..(dua potong mungkin agak sukar) Ada yang sangka aku menangis. Tidak. Aku tidak menangis. Manakan beremosi untuk meraih simpati? Nada false...