ASK 2010 - Alien Dah Turun Ke Bumi.

Assalamualaikum.

Aku selalu bagitau kat budak opis aku aku mencik tengok program Bintang Kecil  ke Idola Kecil ke hapa tah namanya. Memangla budak2 tu comel sebab pandai nyanyi tapi aku tak suka budak yang over. Ye la, suara belum pecah tapi beria nak nyanyi bagus2 siap falsetto vibrato ngan gaya2 mimik muka sekali. Tu belum ngan terjoget2 dengan baju pandai seksi2.

Kalau adik aku dah lama aku sekeh. Ko tu patut duduk kat rumah tengok Chibi Maruku Chan ke, atromen brothers ke. Just enjoy your childhood time, dik. Mak apak dia la punca segala2nya. Tak kira aku nak salahkan mak apak dia gak. Haa, puas hati aku. Ni baru kemarahan permulaan.

Ni Anugerah Skrin lagi satu aku nak marah. Aku tengok cerita tu kat tivi sekerat ja time Saheizy Sam menang pastu tiba2 cerita Muallaf menang. Aku tak paham kenapa Sharifah Amani nak bagi ucapan dramatik sangat. Nak nangis tak nangis, senang cakap jangan over boleh? Pastu yang tak faham jugak, dari dulu kalau anugerah drama atau filem menang kenapa pelakon dia yang kena naik stage bagi ucapan beria beria? Sebab aku rasa yang layak bercakap ialah penulis skrip dengan pengarah jer.  

Ni alien baru turun ke bumi. Tolongla selamatkan.

gambar kredit to beautifulnara

Baju ni ada 3 pasang aku rasa. Satu Didie Alias dah amik, satu lagi, cuba check kot2 korang ada terambik ke..

ps- Nasib baik Rais Yatim dah sound, kalau tak sound aku babap dia.
ps- Artis2 Melayu Islam jangan nak tunjuk jahil agama sangat. Dunia ni bukan selamanya.

Comments

Hunny said…
Tu pasal tak suka tengok TV.. Baik lagi berblog..

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.