Pekerjaan Yang Mencederakan.

Assalamualaikum.

Malam ni secara tak sengaja aku tertengok tivi cerita Cina (walaupun cerita Hongkong nak refer as Cina jugak, tak dulik) Flashpoint tajuk dia.

Pesen suka tengok cerita Cina ni dah lama sangat aku tinggalkan. Time kemuncak suka layan cerita Cina ni masa aku Form 1 sampai Form 5 dulu dulu. Balik sekolah tido, tepat pukul 5 bangun, on tivi cerita Cina. Dulu2 tivi satu rumah ada satu jer. Mana ada macam mak apak zaman sekarang, satu tivi dalam bilik, satu tivi kat family hall satu tivi kat atas. Tak payah berebut chanel katanya.

Bila aku dapat tivi ja abis semua bengang, confirm tak tukar channel lain. Tapi time tu pelik gak, takde pulak kakak/adik aku rebut2 ngan aku. Macam redha jer kalau aku dah tertonggok depan tivi. Paling kuat pun ngadu kat mak. Aku pun lupa macam mana reaksi aku kalau ada orang kalih cerita lain. Pukul kot? Hahahaa. Kira dengan amannya lah  aku dapat tengok cerita Cina dari pukul 5 sampai 6. Cerita bersiri. Antara yang aku ingat cerita The Good Old Days, Cold Blood Warm Heart, banyak ah tak ingat dah tajuknya.

Lepas tu RTM buat rombakan pulak, mainkan cerita Cina tu pukul 6 sampai 7. Aku, tanpa gagal tetap terjaga dari tido petang bila cerita nak start. Kalau ada gangguan pun mungkin dari Mak aku jer. Bising2 aku asik tengok cerita Cina. Pernah satu hari agaknya Mak dah temper sangat mak cakap 'Haa, tengoklah cerita atok kau tu'. E'eh, time tu aku macam terfikir jugak aku ni mix ke? Hehehhh.


Ni cerita mula2 aku layan. Cerita Cina purba. Time ni cerita dia menjurus pada romantic drama. Tak wujud lagi Stephen Chow time ni. Beratus episod cerita ni, aku rasa. Layan jugak. Best oh cerita ni. Heroin dia tu memang hidupla watak dia.


Time tu dulu, hero yang laku Adam Cheng. Ni dah kira hensem sangat lah. Ala, masa Form 1 bukan reti menilai sangat.


Pastu time ni Gallen Lo pulak naik. Semua cerita pun dia. Tapi dia ni stock berlakon scene bukan ganas2. Cerita dia pun kalau dia tak jadi lawyer dia jadi polis. Tapi polis jenayah kolar putih jer. Pastu mesti polis tu ada awek dah. Potong betul.


Pastu aku pandai taste hero yang ganas2 jer. Macam si Eddie Kwan ni memang jadi polis jer la keja dia. Polis comel.

Alahaiii. Time Wong Hei ni memang aku dah extreme giler tengok drama Cina ni. Tiap2 hari update cerita dia ni kat kelas dengan sorang member aku, Rohana. Dia pun totok cerita Cina gak. Siap declare nak pakwe macam Wong Hei. Time tu cerita Wong Hei jadi ahli bomba.



Takhta Wong Hei dirampas bila mamat ni muncul dalam dunia seni Hongkong. Maafkan I abe Wong. Abe Louis Loo telah menggantikanmu. Sapa tak giler Cina tanned? Memang rare la dia ni. Cina hitam.



Sama batch dengan dia ni, pakwe Cina aku no 83, Abe Ekin Cheng. Dia ni aku ingat ada berlakon satu drama tu yang dalam cerita tu makwe dia terbakar. Makwe dia nazak kat hospital, habis berbalut satu badan. Tapi Ekin ni nak gak sarung cincin yang dia beli untuk perempuan tu. Tapi tak boleh muat cincin tu kat jari perempuan tu sebab jari makwe dia tu pun kena balut. Eiii, touching gila time tu beb. Airmata aku dah berjurai2 dah. Tiba2 perempuan tu bukak mata dia, pastu mati. Pastu cerita tu rupanya episod last. Tahi.

Penat ah cerita. Tapi pengaruh cerita Cina ni dalam hidup aku memang kuat. Aku pernah stori kat Lulu yang aku nak kawen dengan lelaki yang kerja dia merbahaya. Macam polis cerita Cina. Gaduh2 lawan orang jahat, pastu balik rumah luka2, pastu aku tolong bersih luka dia, bagi makan bubur pastu tido kan. Pastu, besok bangun boleh pergi kerja balik. Ada satu kali tu aku tengok cerita Cina gangster. Dalam geng gangster tu ada satu gangster yang baik. Ah, sudah aku teringin nak kawen ngan gangster pulak time tu.. 

Lama jugak la aku obses kat orang yang kerja ganas. Tak kira la, asal nampak ganas. Kerja  raut pensel sampai tangan terluka pun aku rasa ganas gak.

La ni, tak kira la kerja apa. Asal ada unsur ganas sikit. Pastu baik hati. Rock sikit. Tawadduk banyak. Hihii. Maluu.


Ni last. My love, Donnie Yen. Wo ai ne.

Comments

Hunny said…
Patut mata tak berapa JAWA...:P
ana said…
sama la...faveret gak tu cete bomba. paling dok tggu cete purba "the legend of condor lovers"...sampai skrg cari kat youtube layannn... :)
..nOWa.. said…
cuk hani - feeling2 diri sendiri kacukan melayu cina..hahahaaa!!

kak ana - bestnyer time tu kan kak ana..cerita cina time tu dulu always surprising..tak boleh nak predict jalan ceritanya..
aku pun suka lepak depan tv tgk cerita cina tv 1 tv 2 dulu.best2 cerita.tapi sekarang banyak yang dah tak best.
..nOWa.. said…
PKH - Betul lah tu. Lagipun banyak cerita Indon je la ni.

Popular Posts