Dapur Orang Lain Yang Terbakar #1

Assalamualaikum.

Ini slot baru. Selalu dapur aku yang terbakar. Eh. Silap. Dapur aku jarang2 terbakar sebenarnya. Saja ja aku eksyen. Haha.

Hari ni satu hari aku mengikut my sis, in-law dan emak jalan2 sempena hari Sabtu? Ek? Apa2 ja lah.

Kami gerak dari Putra Heights pukul 9 pagi. Tak ada rancangan yang terperinci pun. Tetiba in-law cakap apa kata makan tauhu bakar.

Destinasi pertama ialah Semenyih. Rare kan? Semata2 nak makan tauhu bakar. Macam mana nak pergi sana, jangan tanya ratu sesat seperti aku. Land mark dia kedai tu depan sekolah cina. Kot? Iya kot. Dekat sana kami orang makan tauhu bakar dengan cucur udang. Ada jugak nasi ayam. Tapi seperti yang aku nyatakan tadi, kami makan tauhu bakar dengan cucur udang. Nasi ayam tu power ke tak jangan tanya aku. Aku tak tauhu. Eh, tahu.
Katanya, tauhu ni terkenal sebab tokey dia buat sendiri. Memang lembut dan sedaplah pada aku. Sambal dia pun sedap. Lepas makan terus emak nak buat tauhu sendiri.


Terima kasih google. Ini gambar dari blog lain.

Lepas makan tauhu, kami pegi KLCC. Hari Sabtu lepak KLCC baru ranggi. Eleh. Boleh blah. Sebab utama kenapa boleh terpegi ke situ aku tak pasti. Sebab aku tertido masa mereka bincang2 tu. Tau2 dah sampai dekat taman dekat dengan masjid ngan Suria KLCC tu. Kat situ aku makan jambu. Tak payah cerita pasal jambu lah. Sama ja dengan jambu di daerah2 lain. Bezanya serbuk asam dia lah. Serbuk asam jambu dekat Giant stadium Shah Alam paling sedap aku rasa. Maknanya kat KLCC tak sedap.


Adik2, ini jambu ya kalau ada yang tau makan tapi tak tau macam mana rupa jambu batu. Potong2, letak serbuk asam. Serbuk asam tau? Gila jakun kalau tak tau. Pegi masuk dalam kotak, selotip lepas tu pos diri sendiri ke mana2.

Lepas penat jalan2 kat situ, my in-law cakap apa kata makan popia basah. Lepas tu dia terus nak bawak pegi beli popia paling sedap dalam dunia. Mestilah yang tersedap saja, kan mak aku ada sekali. Bersamaan dengan emak mertua dia. Heheh. Berdesup peginya. Masalahnya aku tak ingat pulak nama tempat tu kat mana. Haha. Mintak sori. Nak cakap betapa sedapnya popia tu kitorang beli sampai 15 ketul sebab tamak. Makan 5 ketul dalam kereta. tak menyempat. Mengikut cerita, tokeynya orang Indonesia yang dah puluh tahun duk sini. Sebab jual popia tu, dia ada dua biji honda city dekat rumah dia. Relevan tak untuk gambarkan popia tu sedap?


Ha, lebih kurang cenggini la rupa popia tu. Terima kasih google. Kalau makan rebut2 lagi sedap.

Lepas bungkus popia sekali lagi my in-law tanya, nak makan apa lagi yer, apa kata makan satay? Kerja makan aja hari ni. Tau2 dah sampai Awan Besar. My sis craving for satay ikan Hj. Samuri, tapi takder pulak katanya. Kami makan situ dan bawak balik juga bercucuk2 satay ayam dan daging saja. No satay ulat sagu atau satay belalang. O em gi.


Tak perlu diperkenalkan lagi. Cuma kami tidak makan ini di Kajang dan satay ayamnya ada yang kurang masak. Tapi tak mengapa kerana saya fear factor.

Itulah serba sedikit apa yang berlaku pada hari Sabtu kepada saya.


Comments

ghost said…
sebenarnya bukan nak komen pon..ahakz.

bila fikir jarak antara ke semua destinasi,jauh2 tuh.apalagi kalau weekends, jalan mau pegi klcc sajer sudah jammed.tapi ya dah namanya dipanggil 'eat rally' harus dapatkan juga,janji hepi kan.
ana said…
jelajah sungguh nie...kalah rancangan jalan2 cr makan!
..nOWa.. said…
biskut - hahaa!! betul lah tu, kerana tekak diturutkan jua. Rupanya, semakin jauh perjalanan semakin lama masa yang kita spend itu yang buat kita memahami dan menghargai org2 yang ada disisi kita..

kak ana - best kak ana!
Hunny said…
Uiks! Lepas makan, makan kah Nowa??
Anonymous said…
kita slalu mkn msa sek ren dlu...sek kat area 2 gak....mmg sdp!!!

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang