Nah!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah,
Dengan izinNya, tersedar kita dari tidur untuk bangun bersahur..
Maka bersahurlah walau dengan setitik air..

Kerana Dia jua lah,
Kita masih daya bersiap ke tempat kerja..
Bekerja dan ada sikit2 terlena..
Maka kuatkan semangat kita..

Kerana dengan kemurahan dan kasih sayangNya,
Diberikan kita rezeki berbuka yang melimpah ruah..
Maka bersyukurlah dan jangan pula kita membazir..

Di atas keluasan rahmatNya di muka bumi ini,
Diberikan kita kebahagiaan untuk melalui Ramadhan ini bersama orang-orang yang kita sayang dan cinta..
Maka berusahalah menjaga sillaturrahim..

Telah Allah janjikan dibulan mulia ini,
Yang tidak terbelenggu hanyalah nafsu sahaja

Maka jika kita malas,
Itu adalah kita..
Jika kita sombong dan angkuh,
Itu adalah kita..
Jika kita masih ada iri hati yang tak mahu padam,
Itu adalah kita..
Jika kita masih berpura-pura,
Itu adalah kita..
Jika kita masih berdendam,
Itu adalah kita..

Nafsu yang berada dalam hati kita,
Jadi diri kita..

Siapa tahu
Jika ini permulaan bagi membentuk hati kita jadi lebih baik dari sebelumnya?
Insyaallah, sama-sama lah kita.

ps - Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih di atas 2 Ramadhan yang Engkau berikan kepada aku hambamu yang kerdil dan hina ini. Ambillah seluruh hatiku ini supaya aku sentiasa dekat kepadaMu dan janganlah Engkau jadikan aku dari sebahagian hambaMu yang kufur nikmat dan sombong. Amin.

Comments

Angah said…
semoga Ramadhan ini menjadi penjernih buat hati-hati yang kusam..
Zu Ismail said…
Salam Ramadhan Nowa...

Huhuhuhu..jengah kat T10 tadi.. tade oang.. huhhuhu..
ana said…
salam ramadan...
semoga ramadan kali ini menjadikan kita setapak lebih baik dr thn sebelumnya.
Hunny said…
Like this entry Nora.. Aminnn..:)
..nOWa.. said…
Angah, Kak Zura, Kak Ana and Cuk Hunny : Thank You dan Selamat Berpuasa! :)

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.