Hijrah, Khairul Fahmi Che Mat Dan Hijrah.
Assalamualaikum.
Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah.
Jangan memasang angan-angan yang baru jika yang tahun lepas pun belum tercapai. E'eh.
Cakap orang, aku pun sama.
Cita-cita tahun lepas semua bersangkut paut dengan takdir. Siapalah kita hendak melawan ketentuan takdir, ye dak. Jadi, teruskan saja berusaha yer.
Sekurang-kurangnya azam tahun 2009 aku masih on going dan maintain lagi iaitu 'beli 1 buku setiap bulan'. Alhamdulillah. Buku bulan ni aku beli 'Sabda-Sabda Nabi Muhammad SAW - Daripada Hadis-Hadis Pilihan.' Jadi aku nak share.
"Orang Muda", (Nabi SAW bersabda kepada Abdullah Ibnu al-Abbas R.A) dengarkanlah beberapa perkataan nasihat :
Sentiasalah ingat akan Tuhan, maka anda akan dilindungiNya;
Sentiasalah ingat akan Tuhan, maka anda akan dapati Dia berada bersama anda;
Sekiranya anda mohonkan sesuatu, maka pohonlah kepada Tuhan;
Kiranya anda mencari bantuan, carilah bantuan daripadaNya.
Ketahuilah bahawa sekiranya kesemua orang berkumpul dan bersatu untuk memberikan sesuatu kebaikan, ianya adalah sesuatu yang Tuhan telah pun menetapkannya untuk anda,
Dan sekiranya mereka itu berkumpul dan bersatu untuk memudaratkan anda dengan apa cara sekalipun, itu hanyalah akan terlaksana apabila Tuhan telahpun mentakdirkannya.
~ Hadith himpunan At-Tirmidzi
ps - Khairul Fahmi Che Mat, ternyata Dahlia Teck dan Shida Harmi ni lebih banyak memudaratkan ko, Dik. Kalau kau sayang karier kau, tangguhkanlah bercinta ni dulu. Kalau kau dah mampu dan kategori wajib kawin, lebih baik kau kawin je. Tak usahlah kau bersosial tak tentu hala sampai lupa diri.
Buruk padahnya Dik. Buruk. Aku nasihat guna mulut ni. Kalau kau degil jugak bolehla aku pukul kau kan. Sekian.
* gambar ihsan google
Comments