Malas, Rajin, Malas, Rajin.
Assalamualaikum.
Malas update blog, tapi rajin baca blog orang. Hari-hari dosss.
Hehehehh.
Punyalah melantong, gua punya 30 days challenge pun baru sampai hari ke-9? Starlight dahi masing2.
Sebab maruah, terus nak jawab challenge day-10 iaitu 'YOUR CURRENT RELATIONSHIP, IF SINGLE, DISCUSS HOW SINGLE LIFE IS.
Cet! Tak habis2 nak hina aku yer dunia ni. Hahahaaa!!
Apa ada hal, aku jawab sekarang.
Okay, life is great. I am a great singlerian. Amboi bahasa. Suka hati aku? Marah PPSMI.
Yang sucks nyer, aku selalu ngadu pada Lulu - 'Owwhh Lulu, kadang2 aku terfikir, sampai bila aku nak tido atas tilam ni..aku teringin ada katil tiang tinggi yang aku boleh tukar cadarnya tiap minggu (jangan nak bajet aku pengotor pulak yer, aku ni cuma pemalash sikit jer).
Yang bestnya, banyak weh. Boleh bangun pagi, gosok gigi cuci muka pegi mandi pakai baju pegi kerja, sarapan nya di ofisssss...(ni kena baca dalam intonasi lagu bangun pagi gosok gigi..bla bla) Tak de lah kocoh2 bangun pukul 5, masak sarapan untuk suami dan untuk mak mertua sekali, pastu baru boleh mandi..pastu baru boleh pegi keja..respect ar kat surirumah yang bangun pukul 5 sebab nak masak sarapan..tabik kak, tabik. Teruskan.
Lepas tu balik kerja boleh suka2 hati timing. Sebab apa? Tiada yang menunggu giteww..Hikhik. Lepas tu kau boleh balik rumah dengan baju kerja kau tu, kau on laptop kau layan la Beautifulnara, Ohbulan!, Rotikaya, Facebook mestila kan..pastu kau pi kat Uncleseekers sebab dah best blog dia ada nujum2 mimpi artis, last2, time kau sebok baca blog politik time tu dah pukul duabelas malam. E'eh, kau belum mandi lagi? Dengan baju kerja masih tersergam sarung?
Heyyy..apa nak jadi kau ni ha?
Dah lah tu baru sikit aku cakap betapa seronoknya single life kau.
Tak kan lupa, bila tahun lepas aku pergi wedding officemate aku. Conversation aku dengan wife dia:
Aku : Selamat Pengantin Baru, Semoga Bahagia hingga ke akhir hayat.
Dia : Terima kasih. Dah kawin?
Aku : Belum.
Dia : Tak apa, kalau kita dah sedia, Allah pasti tahu. Siapkan diri, sediakan diri dari sekarang, bila kita dah sedia, Allah akan beri.
Speechless. Aku peluk dia. Sehingga sekarang aku percaya apa yang dia kata adalah betul.
Belum rezeki aku lagi untuk mengutip pahala-pahala sebagai seorang isteri, ibu. Yang dah ada jalan kutip pahala itu, jangan sia-siakan.
ps - Kalau nak memang boleh. Senang ajer. Tapi, bukan senang.......
ps - Live single is a chance to be a good singlerian to mak, family and friends.
ps - Aku bukan lesbian. Apatah lagi Sexuality Merdeka. I am straight okay.
ps - Aku lebih suka orang tanya 'dah kawen ke belom' berbanding 'bila nak kawen'.
ps - 'I belum kawen' (tangandidadamatakeatas)
'Taste ahkak - Tak terlalu muda, tak terlalu tua, tak kacak tak apa, asal bertanggungjawab, ada sensitivity dan sense of humor.' Sempoi je akak ni.
Comments