Sakit Hati Penyebab Gemuk.

Assalamualaikum.

Tadi ada budak baik cakap kenapa aku nampak kurus hari ni. Aku kata sebab aku pakai baju corak tegak2. Aku tak nak la riak kan, sebab lebih jujur kalau aku terangkan apa yang dia nampak tu ilusi je, sedangkan hakikatnya berat aku turun 20.78 gram jer. Haha!

Aku rasa betul la sakit hati boleh buat gemuk manakala makan hati (ni pepatah) boleh sebabkan kurus. Tapi bergantung kepada tahap metabolisme badan masing2. Macam ayat jual pil pelangsing. Penipu kan. Lepas tu siap kata 'tak perlu diet, boleh makan makanan kegemaran tapi perlu buat senaman'. Haha! Siapa suruh percaya kan, padan muka korang dan aku juga.

Jangan malas sangat la, bawak2 la bersenam dan time makan tu jangan la macam ada belaan. Ecewah, pandai cakap. Tak kira la, kalau nasihat yang baik tu ikut jer la. Suka sangat membangkang yer.

Tapi aku lagi suka kalau orang fikir, orang yang semakin bertambah berat badannya tu adalah orang yang semakin senang hati dan rajin. Rajin masak contohnya. Hahaa!

Gemuk dan cantik tu dua benda yang berbeza. Of course la kan. Tak semestinya gemuk tu tak cantik. Tu Sharifah Aini, cantik dak? Arabian look kau. Siti Nurhaliza, bam bam kan sekarang? Giler kentang babak keluar dari kereta pakai baju liplap macam sarung bantal, pun simply cantikk. Berani kau kata Siti tak cantik?

Cuba tengok model Victoria Secret pakai two piece rambu rambu kurus giler sampai nampak tulang selangka. Cantik ke? Tengok pun ngeri. Pada aku, sekarang ni falsafah kurus dan cantik dah tak relevan.

Setahun sekali pegi la buat full body medical check-up. Yang penting sihat. Kesihatan tu pun rezeki Allah. Sampai hati tak jaga?

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang