Tajuk Tak Payah Nak Gempak2 Sangatlah..

Assalamualaikum.

Semalam hati ini tak dapat ditahan-tahan lagi. Baucar Buku 1 Malaysia yang terselit di dalam dompet murah aku seakan-akan minta ditebus. 'Inilah masanya, inilah masanya', getus hati aku. Selepas mengetik kad perakam waktu, berasap-asap mobil kecilku menyusur jalan raya menuju toko buku.

Sampai di sana, meleleh-leleh air liur. Ghairah melihat kedai buku. Liar mataku mencari pembantu kedai. Tak ada pula kecuali petugas kaunter. Aaahhh! Aku terus menuju ke bahagian stationary. Aku capai benda alah yang aku idam-idamkan sekian lama itu. RM29.90. Hehehhh..Jimat duit aku kalau aku boleh beli guna baucar. Tetapi aku tidak gelojoh. Aku terus ke kaunter. 'Dik, yang ni boleh guna baucar?' Aku buat efek mata bersinar untuk cuba menarik aura positif. 

'Tak boleh. Cuma boleh beli buku dan stationary yang ada label notebook atau notepad ja, Kak. Majalah pun tak boleh. Novel terhad untuk satu ja bagi setiap baucer RM50'. kata Adik tu. Aku berlalu longlai. Ok, fine! Fine! Aku letak semula magnifier berlampu. Ku sangkakan hajat hendak membaca di dalam gelap tercapai, rupanya terkubur di sini. Ternyata, jika lampu padam tidur sajalah aktiviti yang sesuai. Tak payah mengada-ngada nak baca buku.

Hampir sejam berkelana di situ, pencarian membuahkan hasil. Baucer RM100 telah ditebus. Ada belen lagi RM100. Dah tau nak beli buku apa. Biarpun pedih bagi sesetengah pihak tapi perlu juga aku nyatakan.....Terima kasih kerajaan Malaysia! Hahaaaa!!


ps - Membaca jambatan ilmu. Tau kan?

Comments

Angah said…
nowa budak baek...sebab guna baucer utk beli buku...sila beli buku lagi...
..nOWa.. said…
hahahaa!! baik sangat nowa ni tawww!!

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.