Tips Kurus - Kononnya..

Assalamualaikum!

Pertama sekali..aku tertanya-tanya juga samada perkataan 'konon' tu memang ada. Hahaaa! Ada kot...

Okay, semua tahu cara makan yang sihat ialah separuh pinggan mesti sayur. Separuh ok, bukan suku atau sesenduk. Orang yang normal macam aku akan taruk barang sesenduk saja. Anda bagaimana? Hahaa!

Sayur ni penting sebagai sumber vitamin dan serat. Bila khasiat sayur masuk dalam badan, barulah khasiat dia pegi dekat usus, darah dan akhirnya kita akan cantik. Boleh macam tu? Hahaaa! Percaya cakap aku buat apa. Aku bukannya pakar nutrisi. Aku seorang Mak Guard sahaja..Hahaaa!

Senang cerita, 'you are what you eat'. Makan lemak banyak, kumpul banyak lemak. Makan minyak banyak, muka banyak minyak. Makan nasik banyak lepastu malas senam, gemuk macam badak. Hahaaa!

Bagaimanakah caranya untuk memaksa diri anda untuk makan :

1) Sebatang carrot saiz besar
2) Sebatang timun jepun saiz sederhana
3) Separuh labu cauliflower (kobis bunga) saiz sederhana
4) Separuh labu brocolli saiz sederhana
4) Suku labu kobis merah (ungu) saiz besar

Haaa..macam mana? Macam mana? Senang saja. 

Semua sayur tu potong saiz munasabah kunyah. Cuci dan toskan. aku tabur sikit garam dan serbuk lada hitam. Sebab olive oil dah habis, aku letak sikit minyak bijan. Tampi-tampikan. Seterusnya stimkan dalam pemanggang ajaib. Tingg! (Tapi aku tadi terleka lap kipas, jadi terover cook sikit.) 

Masih tak lalu nak makan? Mudah saja caranya. Ambik separuh tin kecik krim cendawan. Masak bersama susu low fat. Sedap kau.

Masih tak lalu makan? Letakkan sikit sambal ikan bilis kering bagi memenuhi citarasa tempatan.
Perghhh. Kenyang hingga ke malam. 

ps - Aku peratiiii jer seluar aku ni. 

Comments

ana said…
hahahaha...memang dh nampak membesar dah seluar tu!

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.