Cracker Cheese Cake - Minum Petang.

Assalamualaikum!

Sejak akhir-akhir ni, aku teruja memasak. Tapi yang senang-senang aja lah..
Kalau ada resepi yang tak perlu kan aku ke dapur, lagi semangat aku nak cuba. Hahaaaa! Lempang kang.

Kategori dessert atau menu minum petang yang aku tau ialah cekodok dan lempeng sahaja. Selepas tu, aku ada buat triffle sekali dua. Resepi aku campur-campur sumber dari internet. Dan baru-baru ni aku ada buat cheese cake resepi dari blog Namee Roslan. Menjadi la jugak. Dengar cerita, siap ditapau oleh Mak Mentua kakak aku. Kembang hidung sekejapan. Heee. 

Semalam masa sibuk lagha kat FB, keluar newsfeed pasal resepi Cracker Cheese Cake. Sebenarnya aku ni tidaklah hantu cheese sangat. Tapi aku suka masak benda yang senang-senang. Sekali tengok bahan dan cara buatnya macam kekacangan jer. So, aku pun google lah resepi dia. Memang banyak versi. So dah pasti versi terkacang dan terjimat menjadi pilihan aku. So pemenangnya ialah resepi dari Cik Epal Yang Semakin Kurus Nih.  Hahaaa! 

Bangun tido pagi Ahad, terus aku ke Family Store gudang keluarga pilihan anda. Dalam hati aku dah berkata-kata dah ni. Ada kemungkinan aku terpaksa menderhaka kepada resepi versi asal ni sebab Family Store tu tidaklah seperti Tesco, Giant mahupun Jusco. Barang-barang tak semuanya ada. So, saja lah nak share resepi aku : Cracker Cheese Cake Versi Menderhaka. Hahaaa!

    
Aku guna 1/2 tin susu pekat, 2 bekas creamcheese (1 bekas 200g), biskut Cream Crackers tu tak cukup jadi aku terpaksa korbankan digestive biskut aku buat tambah-tambah lubang pada bekas tupperware aku tu. Dua lagi bahan aku tertinggal di dapur ialah Nestum dan susu kotak low-fat. Nak guna susu yang full cream pun tak ada masalah aku rasa. (Nak derhaka la tu. Haahaa) 

Cara pembuatan dan penderhakaan. 

Ke satu, (lempang) pukul creamcheese dengan susu. Orang lain pakai mixer, aku pakai whisker tangan jer.
Kedua, celup biskut sekejap-sekejap ke dalam susu dan susun dalam bekas atau loyang.
Ketiga, sapu adunan cream cheese di atas biskut.
Keempat, taburin Nestum di atas lapisan cheese.
Kelima, ulang proses sehingga biskut habis dan lapisan cheese terakhir kasi tebal sikit dan finishing dengan Nestum......tadaa! Dah siap....Akan tetapi....belum boleh makan lagi. Simpan dalam peti ais bawah paling kurang 2 jam kata resepi versi asal....gitu.


 Apakan dayaku, rupaku sebegini. Adakah secomot tuan ku? Ahaii.

Hahaaa! Kasihan.....aku rasa sebab dia tak cukup sejuk aku dah cedok. Tu yang jadi cenggini. Tambah satu lagi proses ke-6 iaitu SABAR.

ps - Masa aku pukul cheese pakai pemukul telur tu, terus sayu lalu berkata di dalam hati 'Harap-harap adalah yang hadiahkan stand mixer kalau aku kawin nanti. Aku akan masak yang susah-susah! Yakin boleh!'

Comments

ana said…
wow...jadi la. terbaik lah :)
..nOWa.. said…
tak jadi la kak anaaaaa....hahaaaa!
susu tu kena banyak sikit (250g cream cheese = satu tin susu)dan tak boleh lama2 sangat dlm peti ais..2 jam tu just nice dan terus makan..saya simpan sampai esoknya dah berderai kering..

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.