Puding Karamel Tanpa Telur

Assalamualaikum.

Ambooiiii. Kemain rajin yer. Eloklahh kan..kang kalau aku malas sesaja korang laharkan aku pulakkk. Hahaa!

Aku suka makan puding karamel ni tapi aku tak berapa suka yang ada bau telur. Biasalah kerja aku kannn..menggoogle jer.

Aku buat ikut resepi ni.


Derhaka? Of chosss. Hahaaa! Aku kurangkan gula dengan susu pekat tu sikit..ye laaa aku kan tak mulut manis macam sesetengah tu. Hahaa! 

Lagi satu, pasal buat gula karamel tu. Punya bijak aku ni aku satukan terus gula dengan air lepastu masak atas api. Sebab aku tengok ramai yang kata masa gula panas kita letak air benda tu akan meletup-letup. So, aku pun konon-konon nak buat pencegahan awal la kan. Eh ehh..tapi kenapa tak brown pun gula aku. Aku pun telefon talian hayat aku.

Aku : Mummy, orang nak buat gula hangus. Dah letak air tapi kenapa tak hangus pun. Uhuk.

Mak : Itu kau masak air gulaaaa,..

Hahahaaa! Lain kali, memang takde pilihan pun. Masak gula tu dulu atas api yang kecik. Bila dah cair dan perang baru lah letak air. Memang la meletup tapi takde apapun. Macam kentut jer. Tu laaa..sapa suruh lebih-lebihkan situasi. 

Gula hangus ni akan kental/keras sikit-sikit tapi takpe. Korek jer, bubuh je dalam loyang. Nanti bila kita letak bancuhan puding tu dia akan cair sendiri.

So, inilah hasil puding karamel aku.


Alololoooo. Gedik sangat lah tu kann. Ehhhh takperrrr. Kat suami kita ajewwwwww. Hahaaa! Gigih tau aku bentukkan guna pisau dapo. Heee. Saja la aku buat presentation camni kat suami aku. Bagi dia feeling jiwang sikit. Dia pun dah seminggu duty. Balik rumah pun on off. Kesian ebob aku tu. 

Masa aku keluar dapo aku siap nyanyi lagu Happy Birthday lagi. Padahal hari jadi lambat lagi. Suami aku terpinga-pinga tapi layan jer la isteri dia ni kadang-kadang masuk air. Hahahaaa! Petik-petik lighter tak mau nyala pulak. Aku pun tegakkan sudu lepastu suruh suami aku tiup. Bukan main amanah, patonah tomakninah suami aku. Tiuuppp jer laa. Hahaaa!

ps - Rasa dan tekstur dia lebih menjurus ke arah agar-agar tak macam puding karamel versi bertelur. But i like it. :)

Comments

Popular posts from this blog

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.

Permata Yang Hilang Dan Kamasutra.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir