30DBC - Sesuatu Yang Menguatkan Aku
Assalamualaikum.
Kemain sesuai aku buat entry ni di petang nan syahdu ni. Aku pun tengah emo-emo ni. Hihiii. Sebab aku emo ialah rahsia. Eh, semua korang nak tahu dah kenapa? Nampak tak? Emo kat situ..hihiiii. Arggghhh. Pedulikan.
Aku tak berniat nak tunjuk pandai, tunjuk bagus, bajet alim atau apa juga yang seangkatan dengannya kat sini. Tapi aku cuba sampaikan dari sudut hati yang paling dalam..ecewah (background muzik Ombak Rindu dimainkan)
Bagi aku kekuatan aku yang paling utama ialah kepercayaan aku terhadap Allah SWT. Lumrah manusia ni, bila susah ingat Allah tapi bila senang seringkali kita terleka. Nauzubillah min zalik. Jarang kita nampak segala kelapangan hidup dan semua impian serta hajat kita yang telah terjawab adalah kerana kasih sayang dan izin Allah.
Ada pun kita tak lupa kepada Allah dan hak-hakNya, tapi kita diuji pula dengan ketaqwaan. Betapa terleka pula kita untuk istiqamah.
Contoh.
Sebelum ni, sebelum aku kenal suami. Aku dah berkawan dengan ramai lelaki. (Yes, i am playgirl. Hahaa!) Macam-macam background. Tapi akhirnya aku rasa aku berharap aku dapat kahwin dengan tentera. Kawan-kawan selalu tanya kenapa? Why?
Jawapan aku : Tentera ni sibuk. Kalau masa dia sibuk aku ada masa untuk diri sendiri, untuk beribadat, untuk Mak, untuk keluarga. (Plus ada la ciri-ciri lain tentera yang aku rasa sejiwa dengan aku)
Seriously, aku memang fikir macam tu. (Tak percaya sudah, nama kau Dolah, tetep kau sebelah)
Ditakdirkan, aku kenal suami pun dah takdir. Jodoh datang dulu lepastu baru kebetulan datang iaitu dia tentera. Nak jadi cerita, awal-awal kawin, suami aku betul-betul sibuk. Ada itu, ada ini. Duty sana, duty sini. Aku pulak feeling-feeling honeymoon, haruslah tersentap sentiasa. Lahaiii. Penat tau tak merajuk. Tak berbaloi. Hahaaaa! Memanglah kerja suami aku memujuk aja. Nasib berkesan. Hihiii.
Tapi, sampai satu tahap aku macam tersedar yang aku dah terlupa pada janji. Allah dah jawab permintaan aku. Aku ni hamba dia yang kerdil dan hina, Allah bagi apa yang aku nak. Aku nak suami, Allah bagi. Aku nak suami tentera, Allah bagi...tapi aku...tak bersyukur..
Sebab tu, setiapkali aku rasa lemah dan sedih, aku harap aku mencari 'kekuatan' yang betul. Apa-apa pun carilah Allah dulu. Kemudian baru mengadu sesama manusia. Sebab hati manusia pun milik Allah, kan.
Aku harap Allah bantu aku untuk istiqamah. Aku harap Allah makbulkan doa yang baik-baik dari Mak, suami, keluarga, kawan-kawan untuk aku.
ps - Hidup ni satu perjudian. Kita hanya berusaha, Allah yang tentukan.
ps - Semoga hidayah Allah jadi milik kita semua. Usahakan.
Comments