Kek Keju Kukus

Assalamualaikum!

Hola-holaaaa!

Korang buat apa tu? Adakah mengadap ternet je satu hari macam akak ni? Ahaii. Hihii. Tapi aku takpela buat perangai hari ni, suami kerja (mata kedip-kedip).

Hari ni aku nak share resepi kek yang terpaling senang bahan-bahannya umpama melepaskan kentut secara diam-diam. Mampu kau pepatah begitu? Macamtu lah umpama punya senangnya bagi yang?? Yang apa? Yang rajin laaa..malas kaluuuuu, semua susah. =_+

Sejak aku ni ada pengkritik dan peminat masakan aku, semangat nak masak tu menyala-nyala umpama obor (Ni baru logik kan. Hiiihi). Sapa lagi kalau bukan Mentonjer-Tonjer aku tu. Sedap tak sedap semua dia balun. Resepi aku tak pernah buat, dia lah jadi bahan ujikaji aku. Hihiiii.

Itu hari suami ajak balik rumah Mama. Sebagai menantu yang amanah patonah tomakninah, haruslah membawa buah tangankan. Malam tu, aku pun google la menu ikut kemampuan skil memasak aku. 

Aku ikut resepi ni. 


Akan tetapi.....penderhakaan dalam keterpaksaan telah berlaku. Bukan saja-saja. Dalam peti ais cuma tinggal 2 keping cheddar cheese dan minyak masak tinggal satu penutup. Apakan daya....

Jadi aku mengambil risiko dengan guna 2 keping cheddar cheese dan gantikan minyak masak tu dengan butter yang dicairkan. Juga, gula tu aku tak taruk 1 cawan penuh. Tapi lebih dari separuh cawan. Eh, faham. Lain-lain, ikut resepi dan patuh.

Dan hasilnya..tadaaa!!



Gambar dalam pengukus tak sempat ambik. Potong cepat-cepat nak bagi suami rasa dulu. Dia kata lulus, barulah tapau untuk Mama. Esoknya, aku bawak selebihnya pegi ofis, pun officemate kata sedap. Kira jadi lah tu kan. 

Cuba la. Senang je. 

ps - Sekarang ni aku gila buat pouched egg. Tiap hari nak sarapan western. Bajet diri omputih. Hihii.

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.