Congo Bars

Assalamualaikum!

Apa khabar, khabar apa? Ada baik? Hihii.

Lama dah nak buat congo bars ni. Banyak versi cara buatnya. .Last-last, masa nak layan game JDT-Pahang tu aku pun buatlah untuk kudap-kudapan time menonton. Aku buat ni cepat-cepat sebab kitorang tengok game tu kat rumah team JDT. Rumah skuadmate suami aku. Thank you to his wife jamu mee hailam sedap. Aku hanya mampu congo bars jer. Heeeeeee. 

Pada aku, buat congo bars ni senang sikit dari brownies. Plus, aku suka sebab kita boleh bubuh banyak kacang yang kita suka. 

Aku guna resepi dan cara dari blog Masam Manis kecuali ada beberapa penderhakaan saja yang aku buat. Takde la derhaka sangat..hahahaa!

Bahan-bahannya

315 gram tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
150 gram butter (aku guna Buttercup)
320 gram gula perang. Aku derhaka guna 280gram jer. Dan pada aku, ini pun masih manis juga =_=
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gram coklat chip
1 cawan kacang pecan (aku guna walnut dan biji bunga matahari yang di sangai dulu atas pan)
Almond flakes untuk tabur kat atas (optional)

Cara-Caranya

1) Ayak tepung, baking powder dan garam dan ketepikan.
2) Dalam bekas lain whisk gula perang dan butter hingga larut.
3) Masukkan telur satu-satu dan whisk lagi.
4) Masukkan esen vanila.
5) Masukkan campuran tepung, baking powder dan garam tadi ke dalam adunan dan kacau rata.
6) Masukkan kacang-kacang dan coklat chip dan kacau lagi.
7) Tuangkan adunan ke dalam loyang yang digris dan lapik dengan kertas pembakar. Loyang aku ni kecik. Belasah je la..sebaik-baiknya ikutlah saiz loyang tu sebab congo bar ni tipis je. Bukan tebal macam kek.
8) Ratakan adunan. Hentak-hentak loyang biar padat. 
9) Taburkan almond flakes.
10) Bakar pada suhu 170 darjah celcius api atas bawah selama lebih kurang 30 minit.

Tadaaa!


Whisk butter dan gula perang.


Dah bubuh tepung semua, masukkan kacang-kacang.


Ni rupa adunan. Masuk dalam dulang pembakar.


Tabur almond flakes. Tapi aku rasa ni kira wajib buat. Kalau tak, tak jadi rupa congo bars. Hihii.


Tadaa! Siap bakar. Jangan terlebih bakar. Sebab 30 minit dengan suhu macam tu tepi dia dah hitam-hitam dah. Just nice lah. Potong-potong, yang tepi tu buat makan sendiri. Yang elok bagi orang :)

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang