Resepi Potato Fritters Gitu.

Assalamualaikum!

Fenomena sangat sebelum muncul pelam asam boi tu. Tapi apakan daya, baru aku nak mencuba. Kentang dalam gobok tu dah bercabang-cabang dah kaedahnya. Heeeee.

As usual, banyak versi buat ni dan aku telah cuba dua versi dalam satu masa. Fuyyyyooo! Boleh cenggitu? Hahaaaa!

Sebenarnya mula-mula tu aku buat tanpa bubuh tepung jagung dan telur. Ada lebih, aku simpan dan esoknya aku sambung goreng tapi bubuh tepung jagung dan telur pulak. Pada aku, versi tanpa tepung jagung dan telur lagi sedap. Sebab bila campur tepung jagung ngan telur (berapa kali nak sebut bahan ni??? Bengang ah.) dia dah macam cekodok sangat.

So, haruslah aku share resepi yang terbaik untuk u olls kan. Ni aku buat untuk makan sorang. Kalau nak banyak, tambahlah bahan nya. 

Bahan-bahannya.

1) 1 batang carrot
2) 1 biji kentang (Aku tak tau apa nama kentang ni sebab saiz dia besar gila. Besar tapak tangan aku ni) Kalau guna kentang biasa, pakailah 3-4 biji
3) Serbuk pati ayam
4) Garam
5) 3 sudu tepung gandum (untuk melekatkan bahan aja)

Cara-caranya.

1) Sagat kentang dan carrot
2) Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam
3) Tambah tepung gandum untuk melekatkan adunan
4) Goreng dengan minyak sedikit. Guna magic pan lagi baik. Sebab kentang jenis menyerap minyak.

Serius sedap bagi pencinta kentang dan carrot.


Ni versi bertepung jagung ngan telur. Yang versi sedap aku tak ambik gambarnya. Fahimtum?

ps - Ohok.


Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.