Food Review.

Assalamualaikum.

Hola-holaaa! Heeeee.

Last week ada kursus kat HQ so apalagiiiiiiiik. Temujanji penuh okay. Maklumlah, artis. Hihii. 
Alhamdulillah, kawan-kawan semua baik-baik. Semoga sillaturrahim kita semua berpanjangan..Aamiin.

Untungnya jadi orang jauh ni, bila sekali-sekala datang semua nak belanja. 

1) Twenty & Co, Plaza Azalea, Seksyen 14 Shah Alam.

Ramai nau yang cakap makan kat sini sedap. Petang tu, bertemujanji dengan Lulu dan Koda. Si Lulu ni punya melantong, hadiah kawin aku diperap sampai 7 bulan. Hihii. Tengkiu Lulu. Lebiu! Muah! 


Aku order lebih kurang - Hot Chocolate Hazelnut. 
Lebih kurang tu sebab aku lupa lah nama sebetul-betulnya.
Yang ni, sedap. 

Aku order lebih kurang - Pasta Pesto Chicken Grill
Ambik kau. Hahaaa!
Aku tak pernah makan pesto,pesto. 
So, bagi aku, biasa jer. Takde gravy sangat. Pekat.

Ni aku tak ingat nama apa lah. 
Sedap.

Koda vengoks. Dia pegi order SAMA macam aku order. Dah rugi kat situ. Hahahaaa! Selalunya kitorang kalau nak order mesti rebut-rebut, sebab tak boleh order sama supaya masing-masing boleh ngicak. 

*gambar google*
Lulu order ni. Pasta with Smoked Salmon. Lebih kurang.
Ini sedapppppppp!
Lepastu Lulu bajet artis order air jus tembikai. Biasa jer.

Overall, bagi aku tempat ni cosy.  Okaylah nak lepak-lepak. Cuma nasib kitorang tak berapa baik hari tu service dia tersangatlah lembap dan keliru. Kenapa keliru? Order lain dapat lain. Nasiblah kitorang ni bajet Datin-Datin Muda. So, chill lah. Harga makanan a little bit pricey tapi portion dia banyak. So, nak lepak-lepak selalu tu taklah bagi aku. See u next time! Heeee.

2) Grease Cheesesteak, Seksyen 13 Shah Alam

Ni pulak pegi dengan Dola, Kak Roro and Yearrgghh. 

 Senang je nak pegi sini. Tanya la pejabat Lembaga Zakat Selangor, dia dekat-dekat situ lah.

 Nachos. Gila banyak. Harga dalam RM15++ kot. 
Okaylah, not bad.

 Ni aku order. 
Harga RM20. Rasa sedap. Tak habis makan okay.

Tu dia patty tebal beb. 
Sedap!
Burger kat sini semua beef.

Overall, okaylah. Kedai dia pun simple jer. Konsep order dan bayar terus. Lepas makan, blah je terus. Hahahaa! Ada pasta, ada burger. Simple-simple jer. Harga pun so-so lah. Lebih kurang The Sumbs yang dekat-dekat situ. Portion banyak ok. Makan tak habis. '

ps - Thank you chuollllllls. :)

Comments

pB said…
mcm sedap jer makanan kedai no 2 tu
..nOWa.. said…
Sedap jugaklah. Tapi menu terhad lah.
Boleh try pB.
:)

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.