Akhirnya...MH370

Assalamualaikum.

Aku bukanlah pakar aviation, geologist, pengkaji sains politik, pakar teori konspirasi or whatsoever expert kerana aku hanyalah rakyat biasa je dan seorang Mak Guard.

Mengikuti perkembangan kehilangan MH370 sehingga ke hari ni, akal dan hati aku tidaklah sampai ke tahap menerima kehilangan kapal ini di tengah lautan Hindi, lautan yang paling sunyi dan dalam di dunia ni adalah konspirasi seorang lelaki tua bernama Najib. 

Aku faham tidak semua orang boleh menerima kehilangan sebuah kapal yang canggih dari radar. Dan selepas tu, di sahkan ia berakhir di Lautan Hindi oleh 'pakar-pakar' yang mengira 'ping', 'handshake' 'plotting' dengan menggunakan teori fizik, matematik dan sains yang mereka pelajari. Dan mereka ini bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari negara luar yang kebanyakan di sanjung rakyat Malaysia yang 'malang' di bumi sendiri. Tetapi tetap juga tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Persoalannya, jika terhempas, di mana bangkainya? 

Banyak yang lebih mempercayai teori Syarifah Sofia yang tak ada satu orang pun boleh sahkan bahawa 'wanita' yang membangkitkan isu konspirasi ini betul-betul wujud. Walau pun, Kak Pia sekadar memetik terms-terms dari google tanpa memahaminya, lebih ramai orang percaya kepada dia. Bagaimana seorang perempuan yang kononnya seorang pramugari tahu terlalu banyak konspirasi malah ilmunya dalam semua bidang mengalahkan seorang professor dan penyiasat upahan. 

Tapi persoalan untuk Kak Pia, jika tidak terhempas, di manakah bukti ia telah selamat mendarat? Kak Pia pun tak dapat buktikan dan pengikutnya disuruh membuat andaian sendiri. Dan andaian-andaian ini dicanang dengan sesukanya tanpa memikirkan perasaan berapa ramai isteri kehilangan suami, anak kehilangan bapa, ibubapa kehilangan anak hampir setahun lebih lamanya. Tanpa khabar berita. Umpama digantung tak bertali. Berharap teori Kak Pia membuahkan hasil.

Tiba-tiba hari ini, serpihan dari sayap Boeing 777 yang dijumpai di Pulau Reunion di sahkan dari badan MH370. Malaysia secara tiba-tiba telah melahirkan ramai pakar teritip dan siput. Malah pakar geografi juga memunculkan diri. Padahal, bila dengar Pulau Bora-Bora pun dah keliru terletak di mana. Nasib baik Hanis Zalikha bantu promotekan Pulau Bora-Bora. Apatah lagi Pulau Reunion. Yang penduduk dia, rasanya memang terpencil sungguh dari dunia luar. Kalau tidak takkan lah kerusi kapalterbang pun dibakar macam tu je.

Entahlah. 

Sebongak-bongak lelaki tua yang bernama Najib tu, aku tidaklah sampai merasakan dia sanggup membunuh beratus nyawa dalam sebuah kapalterbang. Sebab dia orang Islam dan Allah pelihara semua orang Islam. Walaupun memang wujud manusia yang kejam dalam dunia ni macam mana kejammya tangan yang launch misil pada MH17 yang membunuh semuanya termasuk kanak-kanak. 

Dan Najib itu tidaklah sehebat mana pun untuk mencabut nyawa hamba Allah hanya dengan melancarkan konspirasi kerana Allah lebih hebat lagi. Kerana Allah ajarkan kita ilmu. Segala misteri, Allah bantu kita ungkaikan dengan ilmu.

Jangan ditolak mentah-mentah ilmu. Dan janganlah mudah menjatuhkan hukum tanpa bukti yang sahih. Kerana yang terakhir barulah kebenaran itu akan muncul.

Semoga misterinya terungkai dan waris-warisnya mendapat pembelaan.

You can hide but you can't run from the day of justice.

ps - Pulau Bora-Bora.

  



Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang