Soto Mat.

Assalamualaikum.

First of all, of second, of third, aku selalu share benda yang aku masak ni bukanlah nak kata aku terel memasak ke apa..tapi sebenarnya lebih menjurus ke arah nak simpan resepi. Sebab kadang-kadang aku bukak balik blog sebab lupa dah acaner aku masak. Hahahaa! Lagi pun, semua resepi bukan aku cipta pun, semua tengok orang lain punya. Sooooo, sooo, sooooo janganlah nak mengata ke apa okay. Just in case nak mengutuk lah..heeeeeee.

Hari tu Mak bekal punya banyak ketupat segera so apa lagi kan. Nak buat kuah kacang tak reti. Kita buat soto je lah. Pun tak reti gak buat. Google je lah apa lagi. Hahaaa failed..

Aku ambik resepi soto tu dari blog Kakak Azlita and that resepi Kak Azlita olah dari resepi Abang Mat. Tu yang jadi resepi Soto Mat tu. Hahaaa! Thank you otai-otai  blogger memasak ni. 

Bahan Kuah Soto

1) Aku guna secukupnya bahagian ayam kegemaran Ebob aku. Dah kalau tidak sapa nak makan kan.
2) Sebatang serai.
3) Sedikit lengkuas diketuk.
4) Rempah tumis** (bunga lawang, kayu manis, pelaga, bunga cengkih).
5) Sesudu besar serbuk rempah kurma.
6) Sesudu besar serbuk rempah sup


Bahan Kisar

1) Sebijik bawang besar
2) 3 biji bawang merah
3) 3 biji bawang putih
4) Seinci halia
5) Seinci kunyit hidup
6) 3 biji buah keras

Aku derhaka bab lada hitam. Tak bubuh pun.


Cara- cara

1) Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk.
2) Tumis rempah tumis hingga naik bau.
3) Masuk bahan kisar dan tumis hingga naik minyak.
4) Masukkan rempah kurma dan rempah sup. Tambah kan air.
5) Masukkan serai, lengkuas.
6) Masukkan ayam. Tumis sampai kecut sikit. Kalau ada yang bahagian dada tu, dah masak boleh amik sikit buat carik-carik.
7) Tambah air secukupnya.
8) Perasakan dengan garam and whatsoever.

Resepi begedil pulak aku ambik dari blog Kak Su ni. Macehhhhh. Hihii.

Bahan-bahan.

1) Ubi kentang secukupnya. Dihiris-hiris, bubuh garam dan goreng. Dah sejuk, tumbuk.
2) Bawang goreng secukupnya.
3) Daup sup.
4) Serbuk pati ayam ke apa-apa lah. Kiub pun boleh.
5) Sebiji telur.

Cara-cara

Gaul semula ni dan bulat-bulatkan. Tak yah dah celup telur. Elok je tak berderai pun. Dah siap bulatkan, boleh simpan dalam peti ais kejap. Aku rasa taktik simpan dalam peti ais ni jadikan begedil sedap dan tak kering sebab ada satu kali aku buat guna resepi yang sama tapi terus goreng, begedil jadi kering sikit.




Tadaa!


ps - Cili kicap tu ambik cili padi tumbuk dengan bawang putih, bubuh garam, aji sikit. Boleh je lahh.

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.