Lailaiilaiiiii Kupang Masak Berlado Pedas Sampai Bibir Tebal

Assalamualaikum.

Sebenarnya selama ni aku jarang-jarang jer makan spesies kupang ni. Selalunya makan kerang jer. Tapi aku telah jatuh cinta kepada kupang selaras jatuh cintanya aku kepada Tonjer aku menader-menader tu. Ahakss! Sebab dekat rumah dia lah (masa belum kawin, rumah Mama) aku mula makan kupang ni. 

Ingat lagi masa tu kitorang baru bertunang, aku singgah rumah Mama and time tu aku puasa. Mama jamu aku berbuka makan bubur nasi dengan sambal kupang meletup pedas. Perghhhhhh. Walaupun mengalir air mata tapi memang tak boleh berenti makan! Tak dan dah nak sorok-sorok tabiat kuat melantak tu depan bakal mertua. Well, my parent in law kalau masak memang mesti pedas ok. Sapa yang nak rasa kena cili mulut tu meh laaa. Hihiii. Gurauuuuuuu.

Rupanya dekat Melaka kupang ni bersepah, kat Selangor teramatlah susah nak dapat. Ini di sahkan oleh Mak aku sebab kalau dia turun Melaka mesti tapau beli kupang.

Walaupun aku tak boleh beat sambal kupang masakan mertuaku, tapi resepi ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada Ebob Uchuk Acham. Kira lulusss lahhh. Jom masak!

Bahan-bahan

1) Kupang secukupnya (selalu beli yang dah siap rebus dan dikopek kat Family Store)
2) Cili padi segenggam. Ikut suka pedas mana.
3) Bawang merah 5 biji atau lebih
4) Bawang putih 3 ulas 
5) Ikan bilis atau udang kering sejemput atau lebih sikit
6) Sebijik buah keras. Lebih pun takpe. Ni aku rasa yang buat sambal sedappp
7) Seinci dua belacan
8) Sebiji bawang besar - dihiris

Manakala bahan 2 hingga 7 tu kasi mesin saja. 

Cara-cara

1) Dengan sesenduk minyak, tumiskan bahan mesin. 
2) Bila dah pecah minyak, masukkan sedikit air.
3) Perasakan dengan gula, garam dan air asam jawa
4) Masukkan bawang besar hiris dan lepastu kupang.
5) Tunggu masak dan dah siappppppp!




ps - Lagu tiga kupang, saku penuh padi, lima ekor burung, masuk dalam kuali, li, li.

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.