Ucapan Untuk Od.
Assalamualaikum.
Od, apa khabar ye. Ntahkan Od baca ke tak blog kita ni. Tapi kita kan dah lantik Od sebagai penasihat blog ni. Tak kanlah Od nak makan gaji buta pada kita? Nama pun gaji buta kan, jangan harap kita keluar duit bayar gaji Od. Heeeeeeee.
Kita yakin Od bersemangat malah maintain jer kurus macam masa kita tinggalkan Od dulu. Maklumlah hari bahagia Od semakin hampir. Tak lama jer lagi. Mesti berdebar-debar kan? Padan muka kau Od. Hahahaaa!
Buat pengetahuan Od, foundation Mary Kay yang Od bagi kita dulu BARU je habis semalam. Tu pun lepas kita ketuk-ketuk, habis sungguh. Hebat kan Mary Kay? Padahal kita pakai hari-hari dari sejak Od bagi dulu. So, bila dah habis ni, makin menguatkan ingatan kita pada Od. Rupa-rupanya dah masanya kita beli foundation yang baru. Huuuuuu.
Lepasni tak tahu lah Od akan jadi ahli yang aktif ke tak dalam grup wassap. Maklumlah, nanti Od akan sandang title 'orang baru kawin'. Kita confirm Od sibuk dan letih. O em ji. +_=
Walau pun kita tahu Od benci Najib, kita pun benci jugak kadang-kadang, (Najib mana ni hahahaa!) tapi tu tak pernah jadi halangan pun persahabatan kita.
Taste kita pun banyak tak sama. Contoh paling besar, Od taste kat Jepp sedangkan kita tidak! Hahaaa! Apapun pendirian Od, kita tetap sokong Od. Tetap nak kawan dengan Od. Sampai bila-bila. InsyaAllah.
Od baik, Od kurus, Od cantik.
Semoga urusan Od untuk mendirikan rumahtangga dipermudahkan dan berjalan lancar.
Semoga Od dan Jepp nanti bahagia sebagai suami-isteri, dunia akhirat. Berdebar hati kita ni nak tengok siapa dia Jepp ni. Misteri sangat.
Kita dah tanamkan azam untuk datang kenduri Od tu. Segala aktiviti pada tarikh keramat Od tu kita tolak sebab Od dan Jepp. InsyaAllah, kalau Allah izinkan nanti, sampailah kita.
Ok lah Od. Sekali lagi Od baik, Od kurus, Od cantik.
Selamat Terpantinnnn Baru Odddeeeeeeeeee!
Kita redho jer letak gambar kita yang legam kat sini. Sebab moment ni antara yang kita tak boleh lupa sebab Od kata "Kuwusssnya KakNowaaaaaaa! Siap boleh peluk pinggang lagi"
Of kossss Od, time ni berat 69kilo ok. Sekarang? Tinggal kenangan jer. Heeeee.
Comments